--> Skip to main content

“Ye Atau Tidak?”-Gagal Prank, Suami ‘Terciduk’ Isteri Berjaya Bolot Semua Wang

Sharing is caring!

Budaya prank sememangnya sudah menjadi hal biasa di kalangan masyarakat kita tanpa mengira umur. Asalkan prank itu tidak mendatangkan kemudaratan melampau, sesiapa sahaja berhak melakukannya termasuklah suami isteri dalam rumah tangga mereka. Bahkan gurauan sedemikian rupa boleh dibuat dengan cara kreatif dan menyeronokkan seperti taktik seorang lelaki ini. Rakaman menarik tersebut telah dimuat naik ke laman sosial TikTok sejak beberapa hari lalu.

BACA : Kena Prank Masa Nyenyak Tidur, Pemuda Ngigau Terpacak Buat Acting Ala Titanic

Mendapat lebih 200,000 jumlah tontonan daripada netizen, ternyata apa yang dilakukan oleh @usamaharbatah cukup mencuit hati. Melekatkan dua objek berupa wang ringgit beserta mi segera di atas kepingan kotak, lelaki berkenaan mula menawarkan 'habuan' itu kepada isteri tercinta. Namun sebelum itu, berlaku cubaan mengusik bertujuan mahu mengelirukan wanita tersebut yang nekad memilih jawapan 'ye'. Sedar bahawa si isteri bakal membolot semua duit, dia tidak berputus asa untuk menimbulkan lagi rasa was-was sebelum menyerah kalah.

@usamaharbatah

Ya Atau Tidak @sasaalaydrus

♬ original sound – Usama – Usama

Terus berpegang dengan jawapan asalnya, @sasaalaydrus meloncat gembira kerana ternyata pilihannya tepat belaka. Berseloroh bahawa isteri memang 'hebat' berkaitan urusan duit, lelaki ini turut ketawa kecil melihat keriangan daripada prank itu. Netizen juga terhibur selain menyifatkan bahawa naluri wanita memang selalu benar dan kuat.

Sumber : TikTok usamaharbatah

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!