--> Skip to main content

Wajah Pelakon Yang Sering Bawa Watak Bapa Ini Dikatakan Iras Suami Mira Filzah

Kemeriahan majlis perkahwinan pelakon popular, Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar masih dirasai sehingga kini walaupun telah memasuki hari keempat.

Dari konsep perkahwinan, busana pengantin, solekan muka dan tingkah laku pasangan tersebut sentiasa menjadi perhatian warganet di laman media sosial.

Terbaru, wajah Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid dikatakan mirip seperti aktor Azhar Amir.

Seorang pengguna Facebook, Nur Nadzirah Hashim berkata demikian selepas melakukan perbandingan wajah melalui gambar kedua-dua lelaki berkenaan.

I sorang je ke yang perasan?

Namun bukan sahaja Nur Nadzirah, malah terdapat juga beberapa individu lain di Twitter yang turut memberi pendapat sama dengan mengatakan wajah Wan Emir dan Azhar Amir kelihatan agak serupa.

Muka suami dia macam

Untuk makluman, aktor berusia 48 tahun itu sering melakonkan watak bapa dalam beberapa drama tempatan sejak menceburi bidang lakonan pada tahun 2014.

Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki.

Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Emir juga mengikut jejak langkah ibu bapanya dengan bergiat aktif dalam bidang politik dengan membantu ibunya berkempen.

Jejaka kacak hitam manis itu pernah berkawan dengan Mira sewaktu zaman pengajian namun hubungan itu terputus selepas Emir terbang ke luar negara bagi melanjutkan pelajarannya.

Sumber : OMM/FB