--> Skip to main content

[VIDEO]Padah Selalu Usik Orang, Pemuda Diminta Rektor Menari Di Pentas Graduasi

Sharing is caring!

Hari konvokesyen merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap mahasiswa untuk meraikan kejayaan selepas bertahun-tahun menimba ilmu. Malah moment ketika menerima skrol di atas pentas merupakan antara yang 'wajib' dirakam pada majlis bersejarah tersebut.

BACA: [VIDEO] Buat Istiadat Konvokesyen Di Rumah Sendiri, Reaksi Mak Curi Tumpuan

Terbaru, tular satu video di laman Twitter mengenai seorang mahasiswa lelaki sebuah universiti di Indonesia telah diminta untuk menari di pentas graduasi. Kejadian yang terjadi secara spontan itu berlaku sewaktu pemuda tersebut naik untuk menerima skrol ijazah miliknya. Difahamkan sebelum ini, pemuda tersebut sering merakam video sambil mengusik orang lain.

[VIDEO]Padah Selalu Usik Orang, Pemuda Diminta Rektor Menari Di Pentas Graduasi

Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba seorang lelaki yang dipercayai rektor universitinya telah bergurau untuk tidak mahu menyerahkan skrol berkenaan jika jejaka itu tidak menunjukkan tariannya terlebih dahulu. Dia yang pada mulanya segan silu akhirnya mula menunjukkan tarian daripada sebuah kumpulan idol Korea, Blackpink.

Bapak Rektorpun tidak rela aku wisuda dan beliau terpukau dengan setiap detik pergerakanku. pic.twitter.com/EyVg2EuUmP

— Dhanar Jabro Febiansah (@brojabrooo) September 13, 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi berkenaan. Malah mereka turut kagum melihat level of confidence yang ada pada mahasiswa tersebut. Ada juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang telah diperoleh.

[VIDEO]Padah Selalu Usik Orang, Pemuda Diminta Rektor Menari Di Pentas Graduasi

[VIDEO]Padah Selalu Usik Orang, Pemuda Diminta Rektor Menari Di Pentas Graduasi

[VIDEO]Padah Selalu Usik Orang, Pemuda Diminta Rektor Menari Di Pentas Graduasi

Sumber: Twitter brojabroo

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!