--> Skip to main content

[VIDEO] “Wow, Jaga Badan Eh” -Oyen Buat Hal, 4 Pagi Mintak Nak Makan Kangkung

Sharing is caring!

Buat pencinta kucing pasti banyak kenangan dilakar bersama. Haiwan ini bukan sahaja comel tapi sering juga membuat mereka terhibur dengan tingkah laku yang kadang-kadang di luar jangkaan. Lebih-lebih yang berbulu oren atau sering digelar sebagai 'Oyen'. Samalah juga seperti seekor kucing ini yang sudah tular di laman Twitter.

BACA: [VIDEO] Pijak & Tangkap Ekor Sendiri, Gelagat Si Bulus Buat Malu Geng Oyen Je

Menerusi satu perkongsian video oleh @haaziq_mz, kucing peliharaannya yang diberi nama Rex difahamkan telah mengejutkannya seawal jam empat pagi untuk meminta makanan. Namun, berbeza dengan kucing-kucing lain yang meminta ikan rebus atau wet food, haiwan kesayangan pemuda berkenaan malah mahukan sayur kangkung.

Meet Rex, the Kangkung Boy. He woke me up at 4AM today and demanded for his kangkung. 🙄 pic.twitter.com/vlKqO5s1zf

— Haaziq Zahar (@haaziq_mz) September 14, 2020

Menurut jejaka tersebut, dia pernah hendak menanam sendiri sayur berkenaan sendiri untuk menampung bekalan si bulus tersebut. Walau bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan sebab kangkung mengambil masa yang lama untuk tumbuh.

[VIDEO]

[VIDEO]

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat tabiat kucing berkenaan. Tapi ada juga yang sempat berkongsi tingkah laku dan selera pelik haiwan peliharaan masing-masing. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 62,000 jumlah tontonan setakat ini.

[VIDEO]

[VIDEO]

[VIDEO]

Sumber: Twitter haaziq_mz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!