--> Skip to main content

[VIDEO] Tengah Sibuk Shooting, Tiba-Tiba Emma Maembong Rasa Perut Mengeras

Sharing is caring!

Terdahulu, selebriti terkenal iaitu Emma Maembong mula mencuri perhatian warganet selepas mendedahkan kehamilannya dengan memuat naik gambar percutian bersama suami di sebuah pusat peranginan di Langkawi. Meskipun sedang sarat mengandung, pelakon jelita ini tetap meneruskan kerjaya lakonannya seperti biasa.

BACA: Langsung Malam Berinai Lepas Dah Halal, Busana Klasik Emma & Suami Memukau Jiwa

Baru-baru ini menerusi Instagram, Emma Maembong telah berkongsi keadaan dirinya tatkala sedang menjalani sebuah penggambaran. Pelakon filem 'Kimci Untuk Awak' itu terpaksa berehat seketika selepas mendapati bayi dalam kandungannya mengeras secara tiba-tiba. Meskipun berasa tidak selesa dengan keadaan tersebut, namun selebriti wanita ini tetap kelihatan tenang. Sebelum menyambung tugas seperti biasa, dia sempat berselawat sambil mengusap lembut kandungannya yang sudah berusia 6 bulan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa itu adalah kejadian yang sering berlaku kepada kebanyakan ibu mengandung jika terlalu letih. Bukan sahaja mendoakan kesihatan selebriti wanita itu, malahan mereka juga mengingatkan Emma Maembong agar mengambil masa untuk berehat sekiranya penat semasa bekerja. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah berjaya raih lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan.

[VIDEO] Tengah Sibuk Shooting, Tiba-Tiba Emma Maembong Rasa Perut Mengeras

[VIDEO] Tengah Sibuk Shooting, Tiba-Tiba Emma Maembong Rasa Perut Mengeras

[VIDEO] Tengah Sibuk Shooting, Tiba-Tiba Emma Maembong Rasa Perut Mengeras

[VIDEO] Tengah Sibuk Shooting, Tiba-Tiba Emma Maembong Rasa Perut Mengeras

Sumber: Instagram emma_maembongofficial

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!