--> Skip to main content

[VIDEO] Tayar Nyaris Masuk Parit, Skil Parking Kereta Sempit Ini Bikin Cemas

Sharing is caring!

Tak dinafikan antara detik yang paling leceh atau sukar ketika memandu adalah ketika berdepan parking sisi. Terutamanya bila jalan terlalu sempit atau ada banyak kereta beratur di belakang, terut sanggup pusing jauh untuk cari tempat letak kenderaan yang lebih senang. Namun entah mengapa, biasanya tekanan itu kurang dirasai oleh golongan lelaki jika dibandingkan dengan wanita.

BACA: Gara-Gara Tertekan Pedal Minyak, Kereta Nenek Ini Terus 'Parking' Dalam Bank

Baru-baru ini, sebuah video yang menampilkan usaha seorang lelaki mengeluarkan keretanya dari kawasan sempit telah menjadi tular kerana disangka mustahil pada awalnya. Meskipun tayar kereta MPV putih tersebut cuma beberapa sentimeter saja lagi daripada jarak parit di hadapan dan belakang, individu berkenaan dilihat sempat mengeluarkan 2 biji botol terlebih dahulu. Dengan berhati-hati, dia kemudiannya menggerakkan kenderaan tersebut sehingga berjaya keluar tanpa terjatuh mahupun tercalar kena penghadang jalan.

@mfk90

Lavel Dewa pnya Park #stingakuyahuu #fyp #youngcreators #subwayisfresh

♬ original sound – Fariq Kadir – Fariq Kadir

Siapa sangka rakaman berdurasi 1 minit 27 saat itu telah meraih lebih 2 juta tontonan setakat ini di aplikasi TikTok. Selain kagum dengan skil yang dipamerkannya, rata-rata netizen turut tertanya-tanya bagaimanakah kereta tersebut boleh berada di situ pada mulanya. Malah ada yang memberikan teori bahawa botol berkenaan turut membantunya keluar dari tempat sempit itu.

[VIDEO] Tayar Nyaris Masuk Parit, Skil Parking Kereta Sempit Ini Bikin Cemas

[VIDEO] Tayar Nyaris Masuk Parit, Skil Parking Kereta Sempit Ini Bikin Cemas

[VIDEO] Tayar Nyaris Masuk Parit, Skil Parking Kereta Sempit Ini Bikin Cemas

Sumber: TikTok mfk90

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!