--> Skip to main content

[VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..

Sharing is caring!

Siapa tidak kenal dengan selebriti terkenal Malaysia iaitu Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza yang sama cantik dan sepadan ini, kan? Selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa tahun, akhirnya mereka telah mendirikan rumah tangga pada pertengahan Februari lalu. Baru-baru ini, pelakon drama 'Duda Pujaan Dara' itu telah mengumumkan khabar gembira dengan peminatnya.

BACA: Ibarat Puteri Bollywood, Malam Berinai Eksklusif Zahirah Macwilson Cukup Meriah

Menerusi paparan video di Instagram, Zahirah Macwilson sempat merakamkan detik tatkala memberitahu Aiman Hakim bahawa dirinya sedang hamil. Seperti tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa, pelakon lelaki berkenaan terkejut dan sebak sebaik sahaja melihat pregnancy test di tangannya. Dalam pada itu, akstres ini turut menghargai ucapan para peminat yang sentiasa mendoakannya. Dia juga tidak ketinggalan memberikan sokongan kepada wanita lain yang belum dikurniakan rezeki anak.

Ruangan komen bukan sahaja dibanjiri dengan pelbagai ucapan, malahan rata-rata peminat turut mendoakan agar urusan Zahirah Macwilson dipermudahkan sepanjang kehamilan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan bahawa ingin merasai pengalaman yang sama kerana belum pernah menimang cahaya mata lagi. Secara keseluruhan, video sweet itu berjaya meraih hampir 2 juta jumlah tontonan setakat ini.

[VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..

[VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..

[VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..

[VIDEO] Tak Sangka Ini Reaksi Aiman Hakim Lepas Tahu Zahirah Macwilson Hamil..Sumber: Instagram zahirahmacwilson

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!