--> Skip to main content

[VIDEO] Sering Digelar ‘Mak Orang’, Gadis Nekad Ubah Diri Dalam Tempoh 3 Bulan

Sharing is caring!

Sebagai masyarakat yang prihatin, kita sebenarnya tidak digalakkan untuk mengutuk bentuk fizikal seseorang. Hakikatnya dugaan dan perjalanan setiap individu adalah berbeza-beza kerana tak semua mampu kekal konsisten untuk mengurangkan berat badan. Namun berbeza pula kisah gadis ini yang berjaya menukar hinaan itu dengan sebuah semangat.

BACA: 3 Tahun Tak Jumpa, Gadis Nekad Makeover Ex-Boyfriend Dari Serabai Jadi Handsome

Menerusi sebuah video hangat di TikTok, Ain Natasya mendedahkan dahulu dia sering digelar 'mak orang' gara-gara memiliki badan berisi. Tidak tahan dengan hinaan tersebut, dia mengambil keputusan untuk mengamalkan life style yang sihat. Sepanjang proses itu juga,  gadis berkenaan turut menjalani latihan kecergasan di gym. Dia turut berterima kasih kepada semua haters kerana secara tak langsung mendorong transformasi berkenaan.

@ainnatasyadahalan

beuty is pain 🥰 yang penting usaha tu 💪🏻💪🏻💪🏻💪🏻

♬ WHATS STOPPING YOU – cvtorres12

Ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai ucapan daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan usaha gigih gadis berkenaan, lagi-lagi selepas berjaya menurunkan berat badannya dalam tempoh tiga bulan sahaja. Selain itu, mereka turut meminta Ain Natasya agar berkongsi tips yang dilakukan sepanjang proses tersebut. Secara keseluruhan, video berkenaan telah berjaya meraih lebih 18 ribu jumlah tontonan setakat ini.

[VIDEO] Sering Digelar 'Mak Orang', Gadis Nekad Ubah Diri Dalam Tempoh 3 Bulan

[VIDEO] Sering Digelar 'Mak Orang', Gadis Nekad Ubah Diri Dalam Tempoh 3 Bulan

[VIDEO] Sering Digelar 'Mak Orang', Gadis Nekad Ubah Diri Dalam Tempoh 3 Bulan

[VIDEO] Sering Digelar 'Mak Orang', Gadis Nekad Ubah Diri Dalam Tempoh 3 Bulan

Sumber: TikTok cik_scha

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!