--> Skip to main content

[VIDEO] ‘Selamba’ Bawa Kereta Ronda Kampung, Budak Darjah 3 Kini Diburu Polis

Sharing is caring!

Tak dinafikan, budak-budak zaman kini memang terlebih berani hinggakan ada kalanya buat sesuatu yang tak sepadan dengan usia masing-masing. Jika dahulu, seusia sebegini mereka hanya tahu berbasikal saja, tapi nampaknya sekarang ada lebih 'advance' siap memandu kereta pula. Itulah yang berlaku menerusi rakaman video tular di laman sosial baru-baru ini.

BACA : [VIDEO] Tragedi 'Kepala Air', Budak 6 Tahun Hanyut Terperangkap Dicelah Batu

Berdasarkan rakaman video terbabit, kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun berkenaan memandu sebuah kereta jenis Proton Saga seorang diri tanpa pengawasan ibu bapa atau sebarang individu dewasa. Lokasi kejadian dipercayai berlaku di Rembau, Negeri Sembilan.

[VIDEO] 'Selamba' Bawa Kereta Ronda Kampung, Budak Darjah 3 Kini Diburu Polis

Dalam video berdurasi kurang daripada seminit itu, kanak-kanak terbabit telah disapa dan menjawab soalan perakam yang kebetulan terlihatnya sedang memberhentikan kereta di tepi jalan. Selain menjelaskan umurnya, dia turut mengakui bahawa bapanya sendiri yang telah mengajarnya cara memandu kenderaan tersebut sebelum berlalu pergi.

Pantau anak anak sendiri.

Bahaya benarkan anak masih kecil bawah kereta.

Video seorang murid darjah tiga (9 tahun) sudah berani bawa kereta di jalan raya di Rembau, Negeri Sembilan. pic.twitter.com/P6OeXC9bt2

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 7, 2020

Gara-gara itu, Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam menegaskan bahawa pihaknya kini sedang mengesan ibu bapa kepada budak lelaki berkenaan. Ia berikutan kesalahan membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan.

[VIDEO] 'Selamba' Bawa Kereta Ronda Kampung, Budak Darjah 3 Kini Diburu Polis

[VIDEO] 'Selamba' Bawa Kereta Ronda Kampung, Budak Darjah 3 Kini Diburu Polis

Sumber : Twitter redzuanNewsMPB, Sinar Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!