--> Skip to main content

[VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

Sharing is caring!

Selepas selesai melafazkan akad, kebanyakan pengantin akan membuat acara membatalkan air sembahyang sambil disaksikan ramai orang. Kebiasaannya, ia meliputi sesi menyarung cincin, bersalaman serta mengucup dahi isteri. Ketika itu, sudah pasti mempelai akan tersipu-sipu malu apalagi jika ada jurugambar yang bersungguh-sungguh ingin merakamkan moment manis tersebut. Barangkali, demikianlah detik gemuruh dirasai oleh merpati dua sejoli yang baru sahaja dinikahkan ini.

BACA : [VIDEO] Pengantin Feeling Shoot Tepi Tasik, Pemuda Terbalik Kayak Bikin Dekah

Melalui perkongsian di laman sosial TikTok @lylajsni, dapat disaksikan mempelai yang anggun mengenakan busana putih lembut berkenaan sedang duduk menghadap sesama sendiri. Lucunya, pengantin lelaki kelihatan sedikit kekok tatkala mahu memberikan kucupan di dahi isterinya sendiri. Dalam keadaan sedikit terkejut dan menunduk ke bawah, si isteri akhirnya memberanikan diri sebelum memegang semula tangan suaminya. Apabila keadaan sudah kembali tenang, mereka dapat menyelesaikan acara tersebut dengan lancar sambil mengukir senyuman bahagia.

@lylajsni

AlelelešŸ˜³♥️

♬ Tahan Rindu – Rivandika

Mendapat lebih 300 ribu jumlah tontonan sejak dikongsikan semalam, netizen sempat mengucapkan 'Selamat Pengantin Baru' dan menumpang gembira terhadap mahligai baru mereka. Ada juga yang menyifatkan respon malu-malu berkenaan merupakan sebuah hikmah menjadi ikhtilat sepanjang perhubungan.

[VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

[VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

[VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

[VIDEO] Pengantin Perempuan Nervous & Kekok Suami Nak Kucup Dahinya Lepas Nikah

Sumber : TikTok Lylajsni

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!