--> Skip to main content

[VIDEO] Padah Selalu Balik Lewat, Gadis Terkejut Beruk Kena ‘Prank’ Dengan Mak

Sharing is caring!

Sejak aplikasi TikTok menjadi viral, semakin ramai anak-anak muda yang suka membuat prank terhadap ibu bapa masing-masing. Akan tetapi, bagaimana agaknya apabila mereka pula disakat oleh orang tua sendiri? Meskipun kedengaran agak lucu, demikianlah perkara yang berlaku kepada seorang gadis Indonesia di TikTok.

BACA: "Ye Atau Tidak?"-Gagal Prank, Suami 'Terciduk' Isteri Berjaya Bolot Semua Wang

Dalam video berkenaan, gadis bertudung merah tersebut baru sahaja pulang ke rumah dan menyalakan lampu di biliknya. Apabila pandangan menghala ke arah kanan, alangkah terkejutnya bagi gadis ini melihat seseorang berpakaian serba putih menyerupai hantu pocong sedang berdiri di sebelah. Disebabkan terlalu terkejut, dia terpelanting ke belakang dan terjatuh sambil menepuk perlahan dada sebelum menyedari 'lembaga' itu adalah ibunya sendiri.

@01.01_pm

Kasian anaknya diprank sama emaknya #magelangkotasejutabunga #magelang #fyp

♬ original sound – 🐨Call Me Bay🐨 – 🐨Call Me Bay🐨

Si ibu pula terus ketawa mengekek melihat reaksi anaknya yang terkejut sehingga terjatuh itu. Selain terhibur dengan reaksi terkejut beruk berkenaan, ramai netizen yang berpesan supaya tidak lagi pulang ke rumah pada lewat malam. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka turut bersetuju dengan prank yang dilakukan oleh mak kepada gadis ini demi memberikan pengajaran.

[VIDEO] Padah Selalu Balik Lewat, Gadis Terkejut Beruk Kena 'Prank' Dengan Mak

[VIDEO] Padah Selalu Balik Lewat, Gadis Terkejut Beruk Kena 'Prank' Dengan Mak

[VIDEO] Padah Selalu Balik Lewat, Gadis Terkejut Beruk Kena 'Prank' Dengan Mak

[VIDEO] Padah Selalu Balik Lewat, Gadis Terkejut Beruk Kena 'Prank' Dengan Mak

Sumber: TikTok @01.01_pm

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!