--> Skip to main content

[VIDEO] Nyanyian ‘Bukan Ku Tak Sudi’ Cetus Sebak, Usop Juara Big Stage Minggu 4

Sharing is caring!

Malam tadi, konsert minggu ketiga 'Big Stage 2020' Musim 3 kini kembali menemui peminat dengan persembahan yang sangat meriah. Kesemua 9 bintang telah berjaya melaksanakan tugasan bertemakan 'Baby Bash' dengan bertenaga menerusi lagu-lagu lama sekaligus menggamit nostalgia yang popular sekitar tahun kelahiran mereka.

BACA : Big Stage Pusingan 1, Usop & Azzam Berjaya Pukau Neelofa Dengan Nyanyian Mantap

Dikenali menerusi sebuah rancangan realiti, bintang yang pernah digelar sebagai 'Artis Kampung' ini dilihat semakin meningkat naik sekaligus mencuri perhatian pencinta arena seni suara tempatan. Tidak cukup dengan itu, pelantun lagu 'Selamanya' turut diumumkan sebagai peserta yang memperolehi markah tertinggi dua minggu berturut-turut.

[VIDEO] Nyanyian 'Bukan Ku Tak Sudi' Cetus Sebak, Usop Juara Big Stage Minggu 4

Mendendangkan lagu 'Bukan Ku Tak Sudi' oleh Allahyarham Saleem, ternyata penyanyi berusia 23 tahun ini berjaya memukau juri dengan persembahan mantap serta kehebatan vokalnya. Bahkan kemampuannya mengolah penyampaian lagu tersebut dengan penuh emosi sekaligus membuatkan Ajai memberikan markah sebanyak 93% kepada anak jati Kedah ini.

Masa saya produce lagu ni, saya rasa Allahyarham Saleem yang boleh menyanyikan lagu ni dengan baik. Tapi bila awak bawa, ada cara tersendiri & menyedapkan lagi lagu ni, nyanyian awak buat saya sebak. Jarang saya sebak dengar orang nyanyi & setiap perkataan yang keluar ikhlas..

Sumber : Instagram usopofficial, bigstageofficial

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!