--> Skip to main content

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

Sharing is caring!

Parodi filem-filem Hindustan terutamanya yang melibatkan pelakon terkenal Shah Rukh Khan sering menjadi tumpuan ramai. Susunan lagu yang catchy, gerak tari menarik, kostum yang berwarna-warni menjadikan ramai orang memilih filem Bollywood untuk dijadikan video parodi.

BACA: Astaga Afifah..- Kecewa Sampai Bergayut Jambatan, Parodi Sinetron Lawak Habis

Terbaru, tular video seorang lelaki yang melakonkan semula sebuah filem ikonik Hindustan yang berjudul 'Kal Hoo Na Ho'. Selain pergerakannya hampir sama dengan filem asal, apa yang menarik lagi adalah video tersebut dirakam sambil berlatar belakangkan beberapa destinasi pelancongan popular di Terengganu termasuklah mercu tanda terbaru iaitu Jambatan Angkat.

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

Tak cukup dengan itu, pemuda yang dikenali sebagai Ramadhan Shamdudin itu dikatakan memiliki raut wajah yang mirip dengan Shah Rukh Khan. Kata netizen, antara persamaan yang ketara adalah bahagian kening dan juga rambut lelaki tersebut siap bandingkan wajahnya dengan anak pelakon terkenal tersebut.

Who is he? Hahahahaa!!! 😍😍 nice giloooo‼️‼️‼️ pic.twitter.com/X331SSp7vO

— Nurul Aqilah (@nqilahh) September 12, 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur & melting melihat lakonan semula pemuda tersebut dalam video yang sudah mencecah hampir 165,000 jumlan tontonan itu. Malah, mereka turut memuji usaha semua yang terlibat dalam parodi berkenaan sekali gus memaparkan keindahan lokasi menarik di Terengganu.

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

[VIDEO] Muka Pemuda Persis Shah Rukh Khan, Parodi Hindustan Buat Wanita Cair

Sumber: Twitter nqilahh

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!