--> Skip to main content

[VIDEO] Konon Nak Rakam Orang Berbasikal, Terkejut Lepas Muka ‘Ditampar’ Daun

Sharing is caring!

Ibarat menjadi satu trend popular, apabila aktiviti berbasikal kini mula digemari oleh masyarakat masa kini. Jika ada masa terluang, pasti mereka akan mengambil kesempatan tersebut untuk cycling bersama dengan rakan-rakan. Bahkan, kebiasaannya pergerakan kumpulan berkenaan akan diikuti oleh beberapa orang penjaga dari arah belakang seperti dilakukan oleh seorang pemuda ini.

BACA: "Kalau Tak Habis Kena Tampar" – Budak Tidur Di Lantai Tanpa Beralas, Rupanya

Menerusi paparan video hangat di Twitter, seorang pemuda sempat merakamkan aktiviti berbasikal yang dilakukan oleh sekumpulan individu. Sambil berdiri di atas sebuah pacuan empat roda, dia mengekori mereka menelusuri sebuah jalan raya kecil dikelilingi ladang kelapa sawit. Namun tidak semena-mena, wajahnya 'ditampar' oleh helaian daun pokok berkenaan sehingga menyebabkan cermin mata hitam dipakainya hampir senget.

pokok: maap andai kau terluka pic.twitter.com/v34o6lRR2N

— jemihzim (@jemiihzim) September 14, 2020

Bukan sahaja terhibur melihat reaksi jejaka berkenaan selepas mukanya 'ditampar' daun kelapa sawit, malahan rata-rata netizen mengatakan dia bernasib baik kerana memakai cermin mata hitam sebagai perlindungan. Selain itu, mereka juga berseloroh seolah-olah merasai penderitaan yang sedang dialami oleh lelaki berkenaan. Secara keseluruhan, video itu telah berjaya meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.

[VIDEO] Konon Nak Rakam Orang Berbasikal, Terkejut Lepas Muka 'Ditampar' Daun

[VIDEO] Konon Nak Rakam Orang Berbasikal, Terkejut Lepas Muka 'Ditampar' Daun

[VIDEO] Konon Nak Rakam Orang Berbasikal, Terkejut Lepas Muka 'Ditampar' Daun

Sumber: Twitter jemiihzim

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!