--> Skip to main content

[VIDEO] Gelak Persis Perempuan, Tak Pasal-Pasal Bilik Diketuk Pencegah Maksiat

Sharing is caring!

Percutian adalah moment paling terindah buat individu yang sukakan aktiviti travel. Saat ini akan menjadi lebih menyeronokkan apabila dapat bercuti bersama rakan-rakan yang satu kepala sambil mencipta pelbagai memori. Samalah juga dengan sekumpulan lelaki ini yang tanpa disangka-sangka berdepan insiden cemas sewaktu trip bercuti mereka.

BACA: [VIDEO] Konon Nak ;Pedajal Member, Sekali Dapat Malu Jatuh Sungai Berjemaah

Menerusi satu perkongsian video di laman Twitter @cekbelletop, bilik penginapannya bersama rakan di Pulau Perhentian telah pun diserbu oleh sekumpulan pencegah maksiat. Perkara itu dibuat oleh pihak tersebut selepas menerima aduan daripada orang awam mengatakan mereka telah membawa masuk perempuan ke dalam bilik.

[VIDEO] Gelak Persis Perempuan, Tak Pasal-Pasal Bilik Diketuk Pencegah Maksiat

Walau bagaimanapun, dakwaan berkenaan ternyata salah. Suara wanita yang didakwa itu sebenarnya milik salah seorang daripada mereka dikenali sebagai Ayim. Gara-gara itu, kelam-kabut mereka menunjukkan dokumen pengenalan dan tak keruan menjelaskan hal yang sebenar kepada pihak berkenaan.

hahahahaha trip bercuti ke perhentian jadi lagi happening bila pencegah maksiat dtg, ketuk bilik ingt ad pompuan dlm bilik. gara2 suara member mcm pompuan ad aduan diterima不不不 sesak nyawa aku gelak不不不 #ViralVideo #viral pic.twitter.com/ifCfQTaRtp

— bell (@cekbelletop) September 11, 2020

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan kejadian berkenaan terjadi selepas rakannya itu menjerit kerana takutkan lipas. Rata-rata netizen terhibur dengan perkara yang tidak disangka-sangka itu. Ramai menyifatkan suara lelaki berkenaan sememangnya kedengaran sangat lembut tak ubah seperti seorang perempuan.

[VIDEO] Gelak Persis Perempuan, Tak Pasal-Pasal Bilik Diketuk Pencegah Maksiat [VIDEO] Gelak Persis Perempuan, Tak Pasal-Pasal Bilik Diketuk Pencegah Maksiat [VIDEO] Gelak Persis Perempuan, Tak Pasal-Pasal Bilik Diketuk Pencegah Maksiat

Sumber: Twitter cekbelletop

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!