--> Skip to main content

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

Sharing is caring!

Golongan isteri dan tabiat shopping memang tak dapat dipisahkan. Sesetengah daripada mereka juga gemar melakukan shopping secara last minute dan kadangkala berlanjutan sehingga tiba waktunya untuk tutup kedai. Mungkin situasi ini sudah menjadi satu kebiasaan buat para isteri, tetapi ia sebenarnya mencemaskan buat si suami.

BACA: [VIDEO] Suami Tidur 'Tak Ingat Dunia', Ibu Cemas Anak Hilang Dari Pandangan

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

Begitulah yang berlaku terhadap suami wanita bernama Adibah Sulaiman ini apabila dia masih belum selesai membeli-belah di Terengganu walaupun pasaraya berkenaan sudah hampir tutup. Mungkin akibat terlalu risau dan cemas apabila melihat seorang staff tersebut sudah mula menurunkan pagar besi, lelaki terbabit meraung dari dalam kereta. Meskipun rayuannya semakin kuat, pekerja itu tidak mendengarinya kerana tingkap kereta yang masih tertutup.

Gara-gara reaksi over dramatik suaminya itu, Adibah berseloroh ia mungkin menjadi punca anak mereka yang berada di dalam kereta turut terbangun. Sehingga kini, video berdurasi 20 saat itu turut dimuat naik di laman TikTok telah meraih lebih 57 ribu tontonan. Selain netizen berasa terhibur dengan perangainya, mereka juga berseloroh mencadangkan supaya lelaki tersebut pulang ke rumah dahulu dan mengambil semula si isteri keesokan harinya.

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

[VIDEO] Cuak Bini Terkurung, Suami Over Dramatik Rayu Jangan Tutup Kedai

Sumber: IG n.dibsy

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!