--> Skip to main content

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh ‘Commando Rest’ Ala Paskal

Sharing is caring!

Sebut sahaja nama couple selebriti iaitu Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha, pasti teringat akan kedua-dua anak mereka yang comel. Malah akaun Instagram milik Yusuf Iskandar dan juga Alisa Aisyah itu turut mempunyai ramai pengikut. Boleh dikatakan saban hari ada saja gelagat mereka mencuri perhatian netizen seperti satu perkongsian terbaru ini.

BACA: [VIDEO] Hairul Azreen Tumpas Ditibai Isteri Sendiri, Part Last Sumpah Sweet

Dalam video berdurasi lebih kurang 30 saat itu, Alisa dilihat bermain-main di bawah jagaan bapanya. Sambil merakam perlakuan si kecil berkenaan, Hairul mula mengusik-usik anaknya untuk melakukan gaya solat sebelum kanak-kanak tersebut menunjukkan aksi seperti sedang sujud.

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh 'Commando Rest' Ala Paskal

Namun, tak lama selepas itu lain pula terjadi apabila pelakon berusia 32 tahun itu memberi arahan untuk anaknya melakukan aksi 'commando rest'.  Walaupun tidak sebetulnya memahami apa yang disuruh oleh si ayah, si comel itu hanya menurut sambil ketawa riang.

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh 'Commando Rest' Ala Paskal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji kecomelan anak perempuan kepada selebriti berkenaan. Sementara itu, ada juga sesetengah daripada mereka sempat berseloroh aksi itu dilakukan mungkin petanda untuk mendapat adik lagi.

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh 'Commando Rest' Ala Paskal

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh 'Commando Rest' Ala Paskal

[VIDEO] Bila Bapa Jaga Anak, Alisa Aisyah Disuruh 'Commando Rest' Ala Paskal

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!