--> Skip to main content

[VIDEO] Air Dah Tinggi Paras Lutut, Kegigihan Rider Redah Banjir Dipuji Ramai

Sharing is caring!

Bekerja sebagai seorang food rider bukanlah sesuatu yang mudah. Jika tersilap ambil order atau lambat sampai, pastinya akan menjadi tempat hamburan amarah para pelanggan yang kurang bertimbang rasa. Oleh itu, pengorbanan para rider tidak sepatutnya dipandang remeh kerana cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh mereka setiap hari adalah berbeza-beza. Salah satunya adalah seperti situasi di Kibabaig, Kota Kinabalu baru-baru ini.

BACA: "Ke Tengah Ke Tepi.."- Ragam Rider 'Lalok' Sampai Landing Buat Ramai Terhibur

Pengguna Facebook bernama Noemi Sabrina merakamkan detik getir dilalui oleh seorang abang rider yang tersekat di tengah-tengah bencana banjir. Meskipun dikelilingi dengan air, individu yang menggalas beg makanan besar itu kelihatan nekad untuk menjalankan tugasnya dengan meredah hujan lebat dan banjir yang mencecah paras lutut demi menuju ke rumah pelanggannya di kawasan terbabit.

Video berdurasi 10 saat tersebut meraih lebih 1 ribu perkongsian setakat ini di Facebook. Selain mengingatkan supaya lebih berhati-hati kerana dikhuatiri air banjir itu mengandungi cas elektrik atau longkang terbuka, ramai juga netizen memuji sikap amanah dan kegigihan yang ditunjukkan olehnya. Selain itu, mereka juga berharap pelanggan berkenaan dapat memberikan tip lebih kepada rider terbabit.

[VIDEO] Air Dah Tinggi Paras Lutut, Kegigihan Rider Redah Banjir Dipuji Ramai

[VIDEO] Air Dah Tinggi Paras Lutut, Kegigihan Rider Redah Banjir Dipuji Ramai

[VIDEO] Air Dah Tinggi Paras Lutut, Kegigihan Rider Redah Banjir Dipuji Ramai

[VIDEO] Air Dah Tinggi Paras Lutut, Kegigihan Rider Redah Banjir Dipuji Ramai

Sumber: FB Noemi Sabrina

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!