--> Skip to main content

Unit Kesihatan Cari Jemaah Yang Pernah Solat Jumaat Di 3 Masjid Ini Datang Buat Saringan C0vid 19

Menerusi Facebook Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar mengumumkan agar seluruh penduduk di kawasan Alor Setar menjalani saringan C0vid 19 dengan segera.

Terdapat tiga buah masjid di Kota Setar termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah dalam perhatian.

3 buah masjid di Kota Setar

Mana-mana jemaah yang pernah menghadirkan diri ke tiga buah masjid ini termasuk Masjid Alor Merah, Masjid Suka Menanti dan Masjid Sultanah Bahiyah diminta untuk segera hadir.

Saringan C0vid 19 perlu dibuat kepada jemaah yang hadir untuk solat Jumaat pada tarikh 28 Ogos 2020 hingga 4 September 2020.

Jemaah berkenaan perlu hadir saringan di perkarangan wad prikiatrik lama di Hospital Alor Setar pada 13 September 2020 ini, jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kerjasama dari anda amatlah diharapkan bagi sama-sama memutuskan rantaian C0vid 19 ini.

Perkembangan Terkini

Sekalung Tahniah Buat 900 Jemaah Yang Berani Tampil Ke Hadapan Dalam Saringan Covid-19 Tadi, Jangan Buat Lecey, Ingat Orang Kedah Takut Kot, Sekali Keloi Ja

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar/OhBulan