--> Skip to main content

Try Hard Bergelek Masa ‘Azab’ Contractions, Ibu Nak Bersalin Buat Netizen Dekah

Sharing is caring!

Gemuruh dan takut. Demikianlah perasaan yang muncul dalam diri kebanyakan wanita saat menantikan detik untuk melahirkan zuriat mereka. Setelah berbulan-bulan membawa kandungan, mereka juga perlu melalui satu lagi fasa penuh menyakitkan iaitu contractions. Tatkala orang lain sudah terbaring di atas katil sampai menahan perit, lain pula yang dilakukan oleh seorang ibu dari negara Filipina ini.

BACA : [VIDEO] Kalah Betting Dengan Suami, Isteri Meraung Bersalin Sambil Pakai Topeng

Mula dikongsikan sejak semalam, rakaman lucunya sudah meraih hampir setengah juta tontonan. Lengkap dengan baju bersalin berwarna biru, dapat dilihat dirinya sedang berada dalam keperitan menahan contractions. Jangan katakan berjalan, hendak berdiri secara tegak pun cukup 'azab' untuk bakal ibu ini. Semuanya jelas terpancar melalui wajah struggle yang ditunjukkan olehnya meskipun dia ligat bergelek di segenap ruangan bilik berkenaan. Tidak cukup dengan itu, lagu latarnya juga menambahkan kelucuan sehingga menghiburkan ramai netizen.

@jamesdee1016

My wife atm #itreallyhurts #inlabor #babyboy #wife #tiktokph #tiktokdxb #fy #fyp @weendydequito

♬ It Really Hurts (Contains music from: Kabet – Gagong Rapper) – mimiyuuuh

Dalam sebuah lagi video yang dimuat naik, kali ini dia cuma mampu terbaring sahaja di atas katil. Namun itu tidak mematahkan kemahuannya untuk membuat video TikTok dengan face filter yang cukup kelakar. Ruangan komen juga dipenuhi dengan respon kagum kerana ibu ini masih mampu bergelek sedemikian rupa.

@jamesdee1016

Yung tuloy tuloy na Yung pag hilab ng Tyan nya pero gsto padin nya I tiktok ko xa😂 #wife #tiktokph #tiktokdxb #fyp #babyboy #inlabor @weendydequito

♬ hahahahahaha – kalyansunuwar

Try Hard Bergelek Masa 'Azab' Contractions, Ibu Nak Bersalin Buat Netizen Dekah

Try Hard Bergelek Masa 'Azab' Contractions, Ibu Nak Bersalin Buat Netizen Dekah

Try Hard Bergelek Masa 'Azab' Contractions, Ibu Nak Bersalin Buat Netizen Dekah

Sumber : TikTok jamesdee1016

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!