--> Skip to main content

Tidak Ada Saman Terhadap Ibu Ali, Sebaliknya.. ” – Peguam Isteri Arwah Abam Mula Bersuara

Peguam dilantik oleh isteri kepada Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menafikan anak guamnya ada memfailkan saman terhadap ibu mentuanya, Sabariah Arshad seperti yang didakwa pelawak Ali Puteh.

Sebaliknya, menurut Mohamed Ibrahim, Sabariah sebenarnya yang menfailkan saman terhadap anak guamnya pada bulan Julai lalu.

"Kami tidak pernah pada bila-bila masa telah menyaman ibu kepada Syed Ali Mubarak.

"Bagaimanapun, anak guam kami ada menerima saman sivil daripada Sabariah pada Julai lalu yang menuntut ganti rugi am dan juga injuksi untuk menghalang Hidayah daripada memberi sebarang kenyataan," katanya kepada Gempak.

Mohamed Ibrahim dari Tetuan Ibrahim & Fuaadah ditemui ketika sidang media tergempar yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

Begitupun, Mohamed Ibrahim mengakui anak guamnya ada membuat tuntutan sehingga RM900,000 seperti yang didakwa Ali Puteh.

Bagaimanapun, pihaknya enggan mendedahkan butiran secara terperinci mengenai tuntutan tersebut berikutan kes masih lagi dalam prosiding.

Sementara itu, peguam syariah, Fadhlina Datuk Siddiq yang hadir sama pada sidang media itu mengakui ada menyenaraikan nama ibu mentua anak guamnya dalam tuntutan berhubung isu faraid dan hak jagaan anak.

"Pihak kami menerusi mahkamah syariah ada menyebut nama ibunya untuk pengesahan tuntutan faraid dan sebagainya.

"Untuk mahkamah syariah tak timbul isu saman mana-mana pihak selain hanya untuk sahkan waris berhak," katanya kepada Gempak.

Turut hadir bersama dalam sidang media adalah Fadhlina Datuk Siddiq dari Fadhlina Siddiq & Associates.

Sebelum ini, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

"Saya tahu hukum Islam"-Ali Puteh

Kalau ambil, cakaplah ambil. Kau cakap kau keluar sehelai sepinggan. Cakap la nak ambil untuk Hamzah. Janganlah cakap tak ambil. Benda tu tak logik. Cakaplah jujur. Kita okay kalau kau ambil untuk Hamzah.

Yang jadi masalah bila kau hebah kan kat media kata kau tak dapat apa-apa. Lepastu kau tuduh aku ambil semua duit duit arwah. Jangan cakap kau tak dapat apa apa. Jangan kau tuduh keluarga sini ambil. Sini semua kau ambil dah. Takkan saya tak tahu agama, saya tahu hukum Islam. Saya tahu mana hak saya, mana bukan.

Selain itu, Ali Puteh turut kecewa apabila dituduh oleh Hidayah mengenai harta arwah diambil oleh keluarganya. Perkara itu membuatkan ramai mengkritiknya walaupun Hidayah sudah mengambil berbelas ribu. Tambah Ali, tidak menjadi masalah sekiranya Hidayah mengaku dari awal mengenai pengeluaran wang yang dibuatnya. Menutup perbualan, Ali tidak berniat untuk membuka aib, sebaliknya membersihkan namanya dan keluarga selepas dikecam masyarakat.

Isu jual cempedak, cakap. Isu pasang batu nisan kat kubur abang cakap. Isu sam4n menyam4n no komen. Takut kalah? Takut tak jujur cakap depan mahkamah? Saya kena maki macam-macam walaupun saya berdiam.

Kepada semua netizen-netizen yang selama ini bertungkus lumus memaki saya. Saya maafkan dari hari ini sampai saya mati esok.

Terdahulu, sebutan kes sam4n difailkan Ali terhadap Hidayah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. Sam4n itu dikeluarkan Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya, Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung, Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga).