--> Skip to main content

Tiada rezeki, Yatt Hamzah kegvguran selepas alami ker4cunan makanan

Hasrat pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah untuk menimang cahaya mata kelima tidak kesampaian apabila mengalami kegvguran selepas ker4cunan makanan petang semalam.

Berita sedih tersebut dikongsi Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah di Instagram yang memberitahu dia mengalami cirit-birit dan muntah selepas makan malam di sebuah restoran di Melaka pada Isnin lalu.

View this post on Instagram

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 15 September 2020 – Wahai Anak Bonda yg ke – 5 .. Tiada rezeki Bonda utk mendakap dan besarkan kamu di dunia spt kakak2 yg lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti..🤲❤ Allah lebih Menyayangimu. Allah lebih Mengetahui.. . Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi. . Kenapa ada ubat CIRIT BIRIT? Sbb sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pd malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut krn keracunan shj. Rupanya ada 👶 nak pergi tinggalkan Bondanya. . Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya.. 🤲🏻 . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #miscarriage #anakBondakelima

A post shared by BONDA YATT MOM OF 4 CHILDREN (@yatthamzah_suci) on Sep 15, 2020 at 6:34am PDT

"Wahai anak bonda yang ke-5, tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak2 yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti "Sejak semalam bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja. Rupanya kamu nak pergi tinggalkan bondanya," katanya.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, dia mengalami panik kerana itu adalah pengalaman pertama kegvguran selain memohon doa orang ramai supaya kesihatannya kembali pulih.

Untuk makluman, Yatt berkahwin dengan Mohamad Zulfahdli Khiruddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Yatt turut memiliki seorang lagi anak perempuan menerusi hasil perkahwinan terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.

Sumber : Yatt Hamzah, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.