--> Skip to main content

Tervk Dikec4m Netizen, Ker4jaan Selangor Tak Jadi P0tong Elaun Petugas Masjid & Surau

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memvtuskan elaun petugas masjid dan surau di negeri itu ditetapkan pada kadar asal selepas surat rasmi mengenai pengvrangan elaun berkenaan itu menjadi tular.

Pada 10 September, surat rasmi dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai pengvrangan elaun membabitkan nazir dan timbalannya, setiausaha, bendahari, bilal serta siak daripada keseluruhan RM1,430 kepada RM880 bermula Mei lalu, menjadi tular.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata beliau menerima taklimat daripada Pengarah JAIS dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) berhubung 1su pelarasan elaun petugas masjid dan surau.

Beliau berkata, elaun tambahan petugas masjid yang dibayar bermula 2003 adalah daripada hasil kvtipan zakat LZS setiap tahun.

Bagaimanapun katanya, akibat C0VlD-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan mend4dak hampir 20 peratus hingga menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat.

"Pelarasan itu dibuat mengambil kira keperluan menyalurkan hasil kvtipan zakat kepada golongan asnaf yang terh1mpit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Namun, kerajaan negeri membuat keputusan elaun petugas masjid dan surau ditetapkan pada kadar asal selepas mengambil kira keperluan petugas itu.

"Kerajaan negeri akan menanggvng impIikasi kewangan sebanyak RM3 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, surat rasmi berkenaan memaklumkan pengvrangan elaun berkenaan dilaksanakan bermula Mei lalu.

Menteri Besar U-turn keputusan p0tong elaun masjid

Menerusi portal Editor Malaysia, satu posting di laman sesawang ini telah mencoretkan perihal keputusan pemotongan elaun masjid yang diulas oleh saudara Isham Jalil. Ikuti coretan daripada tuan ini.

Semalam saya dan rakan-rakan telah menegur Menteri Besar dan Kerajaan PKR negeri Selangor kerana lima hari lepas mereka telah membuat keputusan untuk memotong separuh elaun pegawai-pegawai masjid daripada RM200 kepada RM100 sebulan seorang.

Selepas teguran ini, tengahari tadi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari telah membuat U-turn akan keputusan di atas dan tidak jadi memotong elaun pegawai-pegawai masjid ini.

Nasihat saya, lain kali jika mahu p0tong elaun sesiapa, p0tong dahulu elaun atau gaji Menteri Besar dan Exco Selangor yang berpuluh-puluh ribu itu dan jangan p0tong elaun orang-orang penjaga masjid yang bukannya banyakpun.

Saya juga ingin cadang supaya Menteri Besar Selangor dan Exco p0tong terus gaji dan elaun mereka sendiri dengan serta-merta kerana keg4galan mereka menangani masalah-masalah asas di negeri Selangor seperti masalah air yang kerap terputus, masalah pencem4ran sungai yang serius, masalah kilang-kilang h4ram yang beleluasa, masalah premis-premis judi h4ram yang bertebaran dan sebagainya di negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor dan Exco-Exco menerima gaji dan elaun yang tertinggi di Malaysia dan rakyat Selangor adalah pembayar cukai yang juga tertinggi di Malaysia, namun perkhidmatan yang diberikan oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri kepada rakyat Selangor adalah amat tidak memuaskan seperti di atas berbanding negeri-negeri lain walaupun gaji mereka tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Kepada Menteri Besar dan Exco-Exco kerajaan negeri Selangor, jika masih tidak boleh atau tidak mampu untuk menjalankan tugas, letaklah jawatan kerana ia tidak adil untuk rakyat, dan gaji besar yang diterima itu tidak berkat kerana amanah yang diberikan tidak terlaksana.

ISHAM JALIL

15 September 2020

Sumber: Wowberita, Editor Malaysia

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.