--> Skip to main content

Terkini, Kes Baharu COVlD-19 Melonjak 100 Hari Ini. Dr Noor Hisham Jelaskan Mana Datang Semua Kes Itu

Ketika rakyat kelihatan semakin selesa dengan situasi pandemik COVlD-19, tanpa disangka kes baharu merekodkan peningkatan mendadak hari ini.

Jangkitan kes baharu COVlD-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,559 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

15 kes import melibatkan 2 warganegara dan 13 bukan warganegara.

Ia adalah dari India dengan enam kes di Selangor, empat kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes di Negeri Sembilan dan dari Indonesia iaitu dua kes di Selangor.

Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

" Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

" Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis," katanya dalam sidang media harian COVlD-19 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, ada 12 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih meningkat kepada 9,136 kes.

Justeru, katanya, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah sebanyak 295 kes dan mereka sudah diasingkan serta diberi rawatan di hospital.

" Ada tujuh kes positif COVlD-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

" Tiada pertambahan kes kem4tian dilaporkan hari ini, justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian COVlD-19 di Malaysia kekal 128 kes," katanya.

Ini, katanya, menjadikan jumlah kumulatif kes COVlD-19 di negara ini mencecah 9,559 orang dengan 295 lagi masih aktif.

Dia juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kem4tian berkaitan COVlD-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kem4tian di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih hari ini manakala terdapat tujuh kes positif COVlD-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.