--> Skip to main content

Tawaran pembiayaan BMW serendah 0 peratus

BMW Malaysia yang mewarnai segmen kereta premium negara sentiasa ke hadapan dalam menawarkan pelbagai promosi dan rebat kepada bakal pelanggan.

Kempen terbaharu '​Look Forward to Real Joy' oleh BMW Malaysia baru-baru ini menawarkan rebat tunai yang menarik dan kadar sifar pembiayaan sehingga lima tahun untuk model yang terpilih.

Bagi model terkenal BMW 330i M Sport generasi G20, rebat tunai ditawarkan dari RM5,000 bersama dengan pembiayaan bermula 1.88 peratus atau pelanggan boleh memilih untuk bayaran ansuran bulanan serendah RM3,028.

Model BMW 330i M Sport yang direka dengan rupa bentuk dan inovasi masa hadapan ini dilengkapi dengan enjin 258hp yang mempertingkatkan reka bentuk aerodinamik selain ​BMW Intelligent Personal Assistant yang memacu pemanduan anda dengan sempurna.

Selain itu, model yang lain seperti BMW 530e M Sport juga menawarkan tawaran hebat yang pastinya memberi lebih kelebihan kepada pelanggan.

BMW 530e iPerformance BMW 530e iPerformance BMW 530e iPerformance BMW 530e iPerformance

Selain daripada rebat tunai dari RM20,000 yang bakal dinikmati, pelanggan juga bakal mendapat jaminan 6+2 untuk bateri PHEV dan juga boleh memilih ansuran bulanan serendah RM3,238 atau pembiayaan kosong peratus sehingga 5 tahun.

Pelanggan juga bakal memiliki secara percuma kabel pengecasan pantas BMW i AC bersama kad BMW ChargeNow.

Pelbagai keistimewaan

Dengan model BMW 530e M Sport, ia menjanjikan keseronokan yang sebenar bermula dari detik anda mencabut plug sebelum memulakan pemanduan.

Integrasi enjin petrol 4-silinder dengan BMW TwinPower Turbo Technology menjadikan pemanduan anda lebih meningkat yang menjanjikan pemanduan yang lancar dan menyeronokkan.

Model keluaran BMW yang lain turut menawarkan tawaran hebat seperti model ​BMW 630i GT yang menawarkan rebat tunai dari RM33,000 dan model BMW 740Le xDrive yang turut menawarkan rebat tunai dari RM10,000, pembiayaan dari 1.88 peratus atau ansuran bulanan dari RM6,008.

Selain itu, model BMW 740Le xDrive turut menawarkan insuran percuma selama satu tahun, BMW i Wallbox Plus bersama dengan kabel pengecasan pantas BMW i AC dan kad BMW ChargeNow diberikan percuma, serta jaminan 6+2 untuk bateri PHEV.

BMW 530e M Sport dan BMW 740Le xDrive, antara model yang menawarkan rebat tunai yang menarik ​menerusi kempen Look Forward to Real Joy. BMW 530e M Sport dan BMW 740Le xDrive, antara model yang menawarkan rebat tunai yang menarik ​menerusi kempen Look Forward to Real Joy.

Tidak ketinggalan juga bagi model ​BMW X1 sDrive20i yang menawarkan rebat tunai dari RM20,000, pembiayaan dari 1.88 peratus, atau ansuran bulanan dari serendah RM2,368.

​Model ini didatangkan dengan kedudukan tempat duduk yang tinggi yang memberi anda pemandangan persekitaran yang lebih sempurna.

Bagi pelanggan BMW X3 xDrive30i Luxury, anda akan menerima rebat tunai yang lebih hebat dari RM30,000 dan kadar pembiayaan dari RM3,168 atau ansuran bulanan 1.88 peratus.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi yang sedang dijalankan di BMW Malaysia anda boleh melayari bmw.com.my atau shop.bmw.com.my.