--> Skip to main content

“Tarik Cikgu Ke Syurga Ye Nak”-Isteri Ajak Shiro Sedih Hilang Pelajar Tersayang

Sharing is caring!

Sudah menjadi lumrah buat seorang pendidik untuk mempunyai hubungan yang baik bersama pelajarnya. Terkadang hubungan rapat mereka ini sudah seperti ahli keluarga sendiri. Situasi itulah yang dilalui oleh isteri kepada seorang pelawak terkenal, Ajak Shiro apabila menerima satu berita mengejut semalam.

BACA: [VIDEO] Ajak Shiro Buat Prank Tak Beli Basikal Anak, Tapi Ending Sebak Habis

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh penyampai radio berkenaan, isterinya Afifah Amin kelihatan sangat sedih apabila salah seorang pelajarnya terlibat dalam nahas jalan raya. Wanita tersebut begitu terkilan kerana Allahyarham Muhammad Shahrul Hakimi adalah seorang pelajar yang sangat baik dan wajahnya tak lekang dengan senyuman.

Malah, wanita itu juga dikatakan berpeluang bertemu dan merakam gambar anak muridnya itu di sebelah pagi sebelum menerima tentang perkhabaran mengenainya. Dia juga berharap Allahyarham dapat menariknya ke syurga menerusi posting yang telah dimuat naik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut bersedih dengan kejadian yang menimpa pelajar berkenaan. Mereka juga tak ketinggalan menitipkan doa semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber: Instagram Ajak Shiro & Afifah Amin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!