--> Skip to main content

Tak tahan lihat adik terus di buli menteri, abang Veveonah tampil bersuara

"Hai Semua,,, Saya Mekvin Mosibin Abang kepada Veveonah Mosibin ,,, Disini saya ingin memberi tahu bahawa Video yang Adik saya buat itu dan dimuat naik dalam youtube adalah untuk mengongsikan suasana di kampung, kehidupan di kampung, cara anak muda yang susah untuk belajar macam mana dan belajar sesuatu yang benar dan berfaedah, Adik saya dan Family saya tidak cakap pun minta segala bantuan la,, sumbangan la minta kasian la,,, tidak,,, Tapi yang otak Politik dan Dengki itu ya,,, Mesti ada pada setiap manusia yang berkenaan,,, Tidak senang bila orang YB ka Timbalan Menteri ka,, atau pengikutnya tengok orang kampung yang dapat kejayaan,,, Haiii YB belum tentu kau boleh lawan Rakyat mu,,, Kerana Kuasa Mu ada di tangan Rakyat,,, Siapa rakyat,,, Rakyatlah yang menyokong mu jadi YB atau Timbalan Menteri.,,, Tetapi bila kau dah senang dan kayaraya,,, Kau dah lupa orang kampung yang masih memerlukan sesuatu,,,, Yaaaa Internet ni tak kira Di bandar ka di Kg ka pun sama juga Boss,,, Internetnya kalau bayar Rm 5 ringgit saja,,, ya orang kampungkan tak mampu bayar mahal mahal,,, Bayar mahal pun sama juga,,, Bila buka Google online untuk menjawab peperiksaan, ya memang dapat melayari,, tapi lama la menunggu,,, selalunya keluar Logo Raksasa Bosss,,, Kau tu YB Memang la ada Duit lebih untuk bayar Internet,,, Lagi mau gadu dengan orang Kampung yang tidak setaraf dengan mu,,,

Video yang adik saya buat tu,,, Hanya untuk megongsikan kisah hidup sebenar tetapi bukan untuk meminta apa-apa,, tetapi tiba tiba Rakyat suka dan Adik saya tidak tahu bahawa itu adalah satu isu yang besar,,,,,, Ya YB dan Timbalan Menteri untuk Komunikasi dan Multimedia,,, Kerana urusan mu itu pilihkasih,,, Kalau kau YB,, turun padanglah,, masuk semua kampung pendalaman,,, Dan kau akan rasakan kehidupan orang kampung,,, Baru kau tahu,,, bukan juga kau mau tahu surat menyurat, mesej dari orang yang tidak tepat,,, Kau YB,,, Tanggungjawab mu itu terlalu besar,,, Bukan untuk menang dalam undian saja,, sudah menang kau pilih yang kau suka saja,,, kau kasi duit pada pengikut mu yang tidak tahu macam mana pengurusan,, apakah sudah di urus ka belum,,, mau tahu sudah diurus,,, naaa YB ka atau Timbalan Menteri cuba kau masuk kampung pendalaman,,, Lai lai lai,,, mai mai mai ,,, tapi jangan pilih kampung pula,,, mesti seluruh tempat kekuasan mu itu ,,, sampai lubang cacing kau datang turun padang… coba ambil pengalaman melayar internet di kampung pendalaman pula bagaimana rasanya kepada YB atau Timbalan Menteri,,,,,,, Itu baru Internet belum lagi Bekalan air,, Bekalan elektrik,, Jalan Aspal kena viral,,, dah macam cacing kepanasan,,, Sepatutnya bila begitu,,, YB ka Timbalan Menteri ka untuk bahagian Komunikasi Multimedia ni ambillah itu sebagai satu permintaan rakyat yang tepat dan bagus untuk diurus kalau mau diperbesarkan,,, ini menentang balik,,, kata itu semua BOHONG,,,, Ala,,, Bukan Baby baby lagi tau Anak Anak Muda sekarang ni,,, Kalau ikutkan hati,, Yang tua baik duduk kampung la untuk merasakan internet yang slow,, sebab pemikiran tetap tapi sudah low,,, baik tukarlah menyusahkan rakyat saja,,,

Perkara yang diterima oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengenai isu Internet yang viral di Dewan Parlimen adalah salah dan TM meminta Maaf,,, lalu TM Zahidi Zainul Abidin menerangkan perkara kedua kali ke Parlimen untuk mengulas perkara yang tepat,,,, Tepat ,,, Tepat kaitu Timbalan Menteri,,,,

Sekarang saya pula jawab segala penerangan yang kau dapat dari si YB Abdul Rahim Bakri Anggota Parlimen Kudat tu,, ya di Kudat kau bukan selalu di Pitas kan tengok tengok kan Rakyat mu kalau Pitaslah rakyat mu itu,,,,

na Si YB Abdul Rahim Bakri dapat info atau maklumat dari si Kg. Sapatalang,,,, yang bernama Elwin Madisa —- Alahai,,,,, adoiiii sakit otak ku ,,, Yang kau tanya dan ambil penerangan dengan si Elwin@Orong tu kenapa,,,, Ketua kampung inilah dulu Suami Isteri pengurus bahagian JKKK di Kg. Sapatalang yang mengusir Bapa saya,,, Sedang kan Ketua Kampung yang bernama Elwin Madisa tu bukan orang Asal Kg. Sapatalang,,, yang bukan asal kg. Sapatalang pula yang usir Bapa saya keluar dari Kampung Sapatalang,, Sedangkan Bapa saya orang Asal Kg. Sapatalang. Maklumat semua ini saya tidak puas hati dan tidak tepat apa yang kau dapat tu YB,,, Kalau tidak tahu masalah Kampung dan suka suka masuk campur ,,, Naaa inilah YB ,, Nadalan sudah kau jadi YB sampai kau tidak tahu apa-apa,,, main rambang saja buat konten.

Saya kasi tahu kau YB,,, Mama saya mengandung samapai saya lahir dan membesar di kampung Sapatalang,,, last Family saya disana penghujung tahun 2006 ke 2007,,, Pindah ke KPD sebab Bapa saya kerja sebagai kuli kuli boss saja,, kau apa tahu,, saya pun masa tu masuk tingkatan 1 ke SMK Pitas dan syukur saya sebab dekat dengan sekolah sama kos pun kurang,,, lagi satu konten mu ini YB,,, Kau kata kami tiada rumah sana Kg. Sapatalang. Yaaa Memang tiada sebab sudah roboh,, sudah uzur,,, Bekas rumah kami di Simpang Masuk Kg. Sapatalang dulu,,, Dulu dulu mana ada jiran dekat,,, semua berjauhan dan masih lagi berhutan tebal,,, yaaa…Itu hal Family saya la,,, bukan selama-lamanya menetap di Daerah Pekan Pitas,,,, Lagi satu kesusahan keluarga terpaksa mendekati Sekolah di SMK Pitas dan Sk. Pekan Pitas untuk mengurangkan kos Minyak ulang alik,,, YB kau pikir kami kaya ka berduit mau beli minyak,,, Kalau jalan Aspal balik Kampung okay la,,, Ni Grabol hadoiiii,,, Banyak kali Bapa saya pandu motor eksiden saja sebab jalan berlubang,,,, kalau hujan licin,,, apa tu YB…. Turun padang kau YB time hujan rasakan jalan tu masuk simpang Rosob ke Kg. Bilangau Kecil, Bilangau Besar dan ke Kg. Dandun,,, jangan pakai kereta,,, Pakailah motor kapcai ya,,, orang kg kan pakai motor kapcai,, mana la mampu beli motor mahal ka kereta mahal.,,,

Naaa Ni Mesej Penting dari saya ya YB dan Rakyat Malaysia yang memahami,,,, siapa siapa yang dari kampung tu ingatlah Kita Rakyat,,, Rakyat adalah kuasa kepada ketuanya. Saya tidak minat politik YB ,,,tetapi jangan kotori kebaikan Rakyat dan Keinginan Semua Rakyat Kampung Malaysia itu dengan Politik mu yang tidak boleh dicontohi"

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaannya bahawa Youtuber Veveonah Mosibin menipu ketika menjawab peperiksaan di atas pokok menerusi videonya yang tular.

Jelas Abdul Rahim, dia serta pegawainya telah membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, pegawainya telah berjumpa dua ketua kampung -Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah- bagi mendapatkan maklumat berkenaan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu.

"Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun@ Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas .

"Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang dia dakwa.

"Oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampung Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas," katanya mengulangi bahawa Veveonah sengaja bertindak sedemikian untuk mendapatkan perhatian dan publisiti .

Tanya dekan fakulti, pensyarah UMS

Selain itu, Abdul Rahim juga berkata dirinya sendiri telah membuat siasatan terhadap seorang dekan fakulti dan pensyarah UMS.

Abdul Rahim berkata pensyarah itu memberitahunya pada ketika itu tiada peperiksaan dalam talian dan hanya sekadar kelas biasa.

Malah, pensyarah itu turut menyatakan kepada Abdul Rahim bahawa pihak Universiti membenarkan pelajar tinggal di kampus sekiranya tiada jaringan Internet.

"Ada juga pelajar pilih untuk tinggal di kampus kerana jaringan kampung tidak kuat, putus-putus dan lain-lain.

"Jadi kami nasihat mereka untuk tinggal di kampus atau tinggal di pejabat daerah berdekatan, sekolah atau ke kampung terdekat," kata pensyarah itu kepada Abdul Rahim.

Nama Veveonah kembali menjadi hangat selepas isu dakwaannya itu pertama kali dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin.

Veveonah yang merupakan pelajar Asasi Sains dari UMS menafikan kenyataan timbalan menteri terbabit dan berkata dia sememangnya sedang menduduki peperiksaan ketika memanjat pokok berkenaan.

Veveonah berkata video tularnya itu turut mendapat pengesahan pihak institutnya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Saya juga ada bukti dalam jadual tarikh untuk peperiksaan dan rakan-rakan saya juga tahu.

"Video tular itu juga sudah diketahui dan disahkan pihak universiti. Takkan universiti mahu cakap saya palsu," katanya.

Veveonah turut memberikan butiran berkenaan jadual peperiksaannya buat semakan Malaysiakini.

Zahidi kemudian menjadi kecaman orang ramai selepas mengeluarkan kenyataan tersebut dan memohon maaf atas ketelanjurannya kerana mendapat maklumat yang 'tidak tepat' setelah mendakwa pelajar itu.

Bagaimanapun hari ini, Zahidi menjelaskan di Dewan Negara bahawa dia memperoleh maklumat itu dari Abdul Rahim.

'Ada motif tertentu'

Mengulas lanjut, setelah beberapa siasatan dilakukan, Abdul Rahim berkata dia curiga bahawa Veveonah mungkin mempunyai motif tertentu menerusi video tularnya.

"Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang dimuat naik di Youtube dan ditonton seluruh dunia.

"[…] Telah dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luar bandar dari seluruh negara memilihnya.

"Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan dimuat naik video sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas. Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas.

"Jika ia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu bagaimanapun sudah dipadam.

Malaysiakini sudah menghubungi Veveonah dan sedang menunggu respons lanjut daripada pelajar terbabit.