--> Skip to main content

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Sharing is caring!

Berita pemergian bintang program realiti 'Big Stage 2020' iaitu Sandra Dianne pastinya membawa kedukaan buat industri hiburan tanah air Malaysia. Pada petang semalam, jasad Allahyarhamah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan Tuaran, Sabah dalam suasana yang pilu.

BACA: 'Pernah Kata Enggan Teruskan Big Stage'- Rakan Dedah Keadaan Sebenar Sandra

Menerusi portal Astro Gempak, ibu penyanyi lagu 'Hey Kau' ini mengimbas semula detik terakhirnya dengan Sandra. Menurut Nor Syakinah, selebriti wanita itu sempat bermain dengan adiknya sebelum bergerak ke latihan rancangan hiburan yang disertai. Selepas bersalaman, Allahyarhamah sempat bertanya tentang baju putih berlengan panjang kepadanya. Namun, dia mula merasa tidak sedap hati tatkala menyerahkan busana berkenaan.

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Nor Syakinah juga sempat menitipkan kata-kata semangat dan memberikan pesanan sebelum penyanyi wanita itu bergerak keluar dari rumah. Selain itu, Sandra sempat mengingatkan ibunya agar menutup pintu pagar dan tak menyangka ia merupakan perbualan terakhir mereka.

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Namun siapa menyangka, kejadian nahas itu telah meragut nyawa anaknya dalam sekelip mata. Pada akhir temu bual itu, Nor Syakinah meluahkan rasa syukur kerana urusan pengebumian Sandra Dianne telah berjalan dengan lancar.

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Tak Sedap Hati Lepas Sandra Minta Baju Putih, Ibu Dedahkan Detik Sebelum Nahas

Sumber: Instagram Sandra Dianne, Portal Astro Gempak 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!