--> Skip to main content

Tak Rugi Nikah Awal, Wanita Cair Tengok ‘Effort’ Suami Walaupun Beza 7 tahun

Sharing is caring!

Bercakap tentang nikah muda, mungkin ada sesetengah kelompok masyarakat yang agak 'kolot' kononnya perhubungan itu tidak akan bertahan lama. Hal yang sama turut dialami oleh wanita bernama Aisyah Zainal ini apabila dia memutuskan untuk menamatkan zaman bujangnya pada usia 19 tahun.

BACA : Tawar 'Jawatan Kosong' Sebagai Pengantin, Doktor Gigih Guna Resume Cari Jodoh

Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-4, Aisyah mengimbau kenangan sewaktu di awal perkahwinan mereka. Ujarnya, dia langusng tidak menyangka untuk berkahwin dalam usia muda. Meskipun perkenalan hanya dalam tempoh yang singkat, tetapi syukur mereka akhirnya serasi dan memutuskan untuk mendirikan rumah tangga serta dikurniakan seorang cahaya mata.

Tak Rugi Nikah Awal, Wanita Cair Tengok 'Effort' Suami Walaupun Beza 7 tahun

Akui ibu berusia 22 tahun ini, fasa tahun pertama perkahwinannya merupakan tempoh yang cukup mencabar memandangkan masing-masing cuba menyesuaikan diri untuk hidup bersama. Ditambah pula dengan kata-kata kurang menyenangkan daripada orang sekeliling mengenai rumah tangga mereka.

@aisyahzainal98

Alahhhh bising je 🤣 #AmirAmsyar #shouldbeme #youngcreators #fyp

♬ Bising je – Shahmie

Dedah wanita ini lagi, kerajinan suaminya dalam mencari rezeki buat keluarga membuatkan dirinya tertarik. Tidak hanya melakukan hanya satu kerja, lelaki berkenaan cuba sedaya boleh untuk mencari alternatif lain dalam menyara keluarga dengan berniaga dan menjadi seorang bilal.

@aisyahzainal98

Sikit lagi hari anniversary yg ke 4tahun dah kawin. Saje nak cuweeet2 sikit boleh kan?🤗 #mylife #shouldbeme #fyp

♬ Setia Hujung Nyawa – HANA ❤️MATHAHARI❤️

Sumber : TikTok aisyahzainal98

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!