--> Skip to main content

Sufie Rashid Dedah Sikap Arwah Sandra Dianne Dan Apa Yang Berlaku Semasa Rehearsal Terakhir

Industri hiburan tanah air dikejutkan berita pemergian seorang anak seni, Sandra Dianne yang dilaporkan meningg4l dunia pada Jumaat pagi di Hospital Putrajaya awal pagi ini.

Menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizi di radio Hot FM, mereka sempat merakamkan perbualan bersama penyanyi Sufie Rashid.

Difahamkan, Sufie merupakan penyanyi yang terakhir berduet bersama arwah Sandra di pentas Big Stage 2020, dua minggu lalu.

Menurut penyanyi kelahiran kota Singapura ini, dia tidak pernah menyangka rakan artisnya itu akan meninggalkan dirinya untuk selamanya.

"Bila Sufie ingatkan balik masa rehearsal dengan Sandra dia asyik pakai putih, semua serba putih daripada atas sampai bawah semua putih.

"Tapi masa tu saya tak ada lah terfikir apa-apa. Cuma saya macam pelik sebab diri dia macam sangat bercahaya, dan dia pun sangat ceria.

"Dia ada pesan kat orang tak tahu lagi bila nak jumpa, tapi jaga diri elok-elok. Saya tak terfikir pun dan bila dah terjadi dia meninggalkan kita, saya rasa macam tak sangka itu merupakan kali terakhir kita jumpa sahabat kita," katanya.

          View this post on Instagram                  

"Kalau orang baik, bila dia pergi, kita akan rasa kehilangan" πŸ˜” Semoga allahyarhamah @sandradianneofficial ditempatkan didalam kalangan orang yang beriman. Amin…..

A post shared by Hot FM πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ (@hotfm976) on Sep 10, 2020 at 6:42pm PDT

Terdahulu, arwah Sandra dilaporkan koma selepas terlibat dalam satu kem4langan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage 2020, Sabtu lalu.

Jenaz4h Sandra dikebuvmi di Sabah

Sandra Dianne akan dikebumikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.

Jenaz4h penyanyi Sandra Dianne yang meningg4l dunia di Hospital Putrajaya pada jam 1 pagi hari ini akan dibawa pulang ke Sabah untuk dikebvmikan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran.

Menurut jurucakap Sony Music Entertainment Malaysia, Veea Norman, dia mewakili pihak keluarga meminta doa semua agar segala urusan pengebvmian Allahyarham dipermudahkan.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin mengesahkan Sandra Dianne meningg4l dunia pada hari ini, 11 September 2020 pada jam 1 pagi di Hospital Putrajaya.

"Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebvmikan di Kg. Kauluan, Tuaran.

"Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengebvmian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihaknya jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah," katanya.

Selepas k0ma dan krit1ikal akibat kem4langan Sabtu lalu, penyanyi itu menghembvskan nafas terakhir, hari ini.

Berita sedih itu nyata memilukan ramai rakan selebriti lain termasuk rakan karibnya Neeta Manisha, Zizi Kirana, serta rakan seperjuangannya dalam program Big Stage 2020.

Penyanyi Hey! Kau itu dilaporkan terbabit dalam kemal4ngan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) berhampiran Subang Jaya.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, Sandra dan sepupunya dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk latihan penuh konsert Big Stage.

Video: Instagram Hot FM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : http://transformasi.pw/