--> Skip to main content

“Subuh Tadi Ku Masuk Bilik Mayat Menatap Wajahnya …” – Cikgu Shafi Sayu, Ziarah Sandra Kali Terakhir

Guru vokal Big Stage 2020, Cikgu Shafi turut terkesan dan sayu dengan pemergian bintang rancangan realiti itu awal pagi Jumaat.

Kata Shafi, kehilangan Sandra paling dirasai biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.

"Saya kehilangan Sandra Dianne salah seorang peserta Big Stage 2020.

"Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalanannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.

"Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat ku syukuri," coretnya menerusi ruangan Instagram Stories pada Jumaat.

Shafi berkesempatan menatap wajah Sandra kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk disemadikan.

"Subuh tadi ku melangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajahnya kali terakhir. Hatiku sayu, rapuh.

"Segala kenangan menjadi abadi.

"Sandra… tiada lagi kesakitan kamu," tambah Shafi.

Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.

Sabtu lalu Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut

Jenazah Sandra selamat dikebumikan dalam hujan renyai

Tuaran: Suasana pilu menyelubungi pengebumian penyanyi yang juga bintang Big Stage musim ketiga, Sandra Dianne di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini, petang tadi.

Jenazah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, sebelum itu dibawa dari Hospital Putrajaya jam 10.45 pagi dan tiba di Kota Kinabalu tiga jam kemudian.

Van membawa jenazah tiba jam 3.15 petang di rumah keluarganya disambut penduduk dan disembahyangkan sejurus ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur.

Selesai disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran untuk dikebumikan.

NOR Syakinah ditenangkan ahli keluarga. FOTO Recqueal Raimi NOR Syakinah ditenangkan ahli keluarga. FOTO Recqueal Raimi Datuk saudara arwah, Mohd Said Mohd Sator, 55, berkata walaupun hujan renyai, arwah selamat dikebumikan jam 5.45 petang.

"Alhamdulillah, walaupun hujan renyai tidak berhenti, urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan penduduk".

"Pemergian Sandra amat dirasai namun seluruh keluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.

Sandra yang mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Putrajaya sebelum menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa

Rata-rata peminat dan netizan terus mendoakan

"kadang2 seronok jugak jadi orang yang ada nama dan dikenali ni, yelah, bila kita dah takde, ramai doakan untuk kita, ramai yang sedekahkan al-fatihah untuk kita, semoga bila kita semua dah takde nanti, akan ada ramai orang doakan untuk kita, insyaallah

"انا لله وانا اليه راجعون. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها.

Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. . ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

"Mohon jasa baik pengurusan astro tangguhkan live big stage minggu ni tak pun wak program khas utk tribute ke, mcm parodi musical aritu.. rasanya masing2 kurang semangat nk bertanding.. Cikgu Shafi pun kata wpun perkenalan singkat tp pemergian arwah tetap terasa…