--> Skip to main content

Spekulasi Adik Bunuh Diri, Kakak akhirnya tampil jelaskan sesuatu

Selepas berita mengenai anggota tentera Abdul Aziz Aznam yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuarters kediamannya di Kem Majidee 29 Ogos lalu mendapat liputan yang meluas, banyak spekulasi mengatakan yang arwah bertindak untuk bunuh diri kerana tak tahan didera.

Pun begitu, kakak arwah, Azlinna Azman meminta agar orang ramai berhenti membuat apa-apa spekulasi lebih-lebih lagi mengaitkan kejadian ini dengan tindakan bunuh diri kerana dakwaan ini mengguris perasaan keluarga terutamanya ibu mereka, lapor Sinar Harian.

Kami sedang lalui saat yang sukar, jadi saya harap masyarakat tak membuat spekulasi mengenai kejadian itu."

Tambahnya lagi, keluarganya masih belum menerima apa-apa perkembangan lanjut mengenai siasatan kematian adiknya ini.

Ada beberapa laporan polis yang kami buat kerana mahu keadilan ditegakkan dalam kes ini, jadi saya harap orang ramai dan pihak-piha tertentu hentikan spekulasi mengenai kejadian itu.

Emosi mak masih belum stabil dan kami sendiri tak pasti apa sebenarnya yang berlaku, jadi kita tunggu sajalah siasatan lanjut nanti."

Arwah Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.30 petang, Ahad lalu lepas sembilan hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Nora Ismail akibat kecederaan parah di kepada dan badan.

'Pipi arwah digosok berus besi, sering ditumbuk'

BATU PAHAT: Pipi digosok dengan berus besi dan sering kali ditumbuk, itu yang pernah diadukan Allahyarham Abdul Aziz Aznam, 20, kepada ahli keluarganya.

Abdul Aziz adalah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dilaporkan meninggal dunia semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, selepas didakwa cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di sini, pada 29 Ogos lalu.

Sumber berkata, terdapat parut di wajah mangsa selain berkeadaan tidak terurus ketika dia pulang ke rumah keluarganya di Ipoh Perak Januari lalu.

"Parut luka berkenaan dipercayai akibat digosok dengan berus besi dan mangsa didakwa sering kali ditumbuk ketika berada di kem.

"Arwah lari dari kem sebab tak tahan kena 'ragging' dan dia balik ke kampung dengan keadaan yang tidak terurus.

"Arwah ada menunjukkan gambar yang diambilnya terdapat kesan lebam-lebam lama di keseluruhan bahagian badan dan dia menyatakan tidak tahan kerana diperlakukan begitu," katanya ketika dihubungi.

Bangunan kediaman di kem yang dipercayai mangsa jatuh dari tingkat tiga di sebuah kem di Batu Pahat. – NSTP/Essa Abu Yamin Bangunan kediaman di kem yang dipercayai mangsa jatuh dari tingkat tiga di sebuah kem di Batu Pahat. – NSTP/Essa Abu Yamin Katanya, Allahyarham secara suka rela pulang semula ke kem berkenaan pada 28 Ogos dan sehari kemudian dilaporkan keadaan kritikal.

"Ahli keluarga sudah menasihatkan mangsa supaya pulang semula ke kem dan dia pun suka rela melakukannya.

"Arwah dihantar ke kem berkenaan dan waktu itu keadaan kesihatannya baik dan sempurna.

"Keesokan harinya, kira-kira 3 pagi saya dan ahli keluarga dihubungi seorang pegawai tentera yang memaklumkan Allahyarham jatuh dari bangunan tingkat tiga di kem.

"Pegawai berkenaan menyatakan bahawa pada jam 12 tengah malam mangsa dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dada serta dalam keadaan kritikal," katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga bergegas ke ICU HSNI dan mangsa dilaporkan parah di kepala dan dada.

"Ahli keluarga terus membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya dan mengharapkan pihak ATM bertanggungjawab untuk membuat tindakan lanjut.

"Ahli keluarga meminta pihak hospital membuat laporan perubatan yang telus ke atas mangsa yang dipercayai dibuli, dera dan berlaku khianat ketika mangsa berada di kem tentera berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzudin Rungai, berkata pihaknya akan mendapatkan kesahihan dakwaan keluarga bahawa si mati berkemungkinan dibuli dan didera semasa di dalam kem sebelum kejadian

"Pada 6 September, polis dimaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia di Wad ICU hospital berkenaan pada 2.30 petang.

"Urusan bedah siasat akan dijalankan hari ini bagi mengenal pasti punca kematian mangsa," katanya.