--> Skip to main content

“Silap-Silap Boleh Terbang..” – Gadis Hilang Ayu ‘Dipedajal’ Adik Bawah Kereta

Sharing is caring!

Lumrah dalam hubungan adik-beradik pasti ada sahaja yang suka menyakat atau membuat prank antara satu sama lain. Bagaikan sudah menjadi satu kepuasan apabila dapat mengusik meskipun ada kalanya mengundang rasa geram di hati. Begitu juga dengan sebuah rakaman video yang dikongsi oleh pengguna TikTok @silvitapearcee ini.

BACA : Niat Nak Pimpin Risau Tergolek, Pemuda 'Terciduk' Huluran Tangan Tak Disambut

Menerusi klip video berdurasi kurang daripada seminit itu, memaparkan gelagat lucu seorang gadis yang terkejut gara-gara disergah adiknya. Apa yang menghiburkan adalah reaksi wajah serta respon spontan yang terpamer olehnya.

Awalnya, si adik sanggup menirap di bawah kereta di depan rumah rumah mereka  dan merancang untuk mengenakan kakaknya. Tanpa mengesyaki apa-apa, dia kemudian bergegas keluar mencari adiknya namun langsung menjerit apabila merasakan kakinya seperti dipegang 'sesuatu'. Tak cukup dengan itu, dia juga sempat melompat sebelum jatuh terduduk di lantai.

@silvitapearcee

Jangankan gw handuk aja ikut kaget 😭 yg gw pertnyain kok muat ? kan badan mu segede gaban 🤣 @ichaccaa #fyp #fypage #warga62 #ngakakkocak #prank

♬ original sound – 𝓈𝒾𝓁𝓋𝒾𝓉𝒶𝓅𝓇𝒸 – 𝓈𝒾𝓁𝓋𝒾𝓉𝒶𝓅𝓇𝒸

Bagaimanapun, situasi melucukan itu membuatkan mereka berdua gagal menahan ketawa. Meraih lebih 3 juta tontonan, rata-rata netizen akui terhibur dengan respon spontan dan aksi latah gadis berkenaan. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati gara-gara diusik oleh adiknya.

Sumber : TikTok silvitapearcee

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!