--> Skip to main content

Shafie telefon Tun, beritahu ‘Najib ada di Tawau’. Sekali Najib datang komen. Memang lawak habis

Presiden Parti Warisan Sabah, Mohd Shafie Apdal dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pagi ini sempat berhubung dengan Dr Mahathir Mohamad pada hari penamaan calon di Semporna. Dalam panggilan video tersebut, Shafie memberikan perkembangan terkini sambil bertanya khabar kepada bekas pengerusi Bersatu itu.

Shafie turut menyatakan bekas perdana menteri, Najib Razak kini berada di Tawau untuk membantu kempen Barisan Nasional

Berikut reaksi dari Najib Razak

"Errr. Korang ni. Macam stalker pulak. Dah start dah. Najib Najib Najib. "Cikgu cikgu! Najib kat kantin lagi!" "Cikgu cikgu! Najib belum masuk kelas!" "Cikgu cikgu! Najib di padang!"

Belum sejam di muat naik, status Najib berjaya mengumpul sehungga 16K tanda suka dari pengkut beliau dan 422 jumlah perkongsian

'PKR tak pakai logo Warisan, pakai logo sendiri' – Shafie sembang dengan Tun

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal menjelaskan kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dalam satu panggilan video bahawa PKR memilih untuk bertanding menggunakannya logonya sendiri dan bukan logo Warisan.

Beliau turut menjelaskan kepada Dr Mahathir mengapa hanya 7 kerusi diberikan kepada PKR berbanding 14 kerusi sebelum ini yang mahu ditandingi parti itu.

'Niat kita tak lain dan tak bukan adalah untuk tukar kerajaan Warisan' – Muhyiddin

Beliau kemudian berucap di hadapan lebih kurang 400 penyokong dan menyatakan hasrat Perikatan Nasional untuk menang di negeri itu bagi menukar kerajaan di bawah pimpinan Warisan.

Dijangkakan bahawa Hajiji akan dicabar oleh Rekan Hussien dari PCS dan Aliasgar Basir dari Warisan.

Seramai 11,711 pengundi akan memilih di Sulaman, yang berada dalam jarak 30 minit perjalanan dari Kota Kinabalu.

Shafie berarak ke pusat penamaan calon diiringi kira-kira 300 penyokong

Pengerusi Warisan, Mohd Shafie Apdal pagi ini tiba di Dewan Masyarakat Semporna untuk proses penamaan calon. Beliau turut diiringi kira-kira 300 penyokong yang membawa bendera parti.

Kawasan ini dianggap kubu kuat Shafie yang akan mempertahankan kerusi Senallang