--> Skip to main content

Sepupu Farah Nabilah, jual ikan masin, ini 8 fakta tentang Sandra Dianne yg ramai tak percaya

PEMERGIAN peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne memberi kesan mendalam kepada rakan sepejuangan dalam industri muzik.

Sandra, 26, meningg4l dunia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bert4rung ny4wa di Unit Raw4tan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Jenazah selamat dikebvmikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah pada 5.30 petang Jumaat.

Sandra disifatkan seorang yang sentiasa ceria.

Penyanyi yang dikenali menerusi lagu Hey Kau mengalami kegagalan fungsi otak selepas terlibat dalam kem4langan jalan raya pada 5 September lalu.

Berikut lapan fakta mengenai Sandra Dianne;

1. Nama penuh Sandra iaitu Alessandra Dianne Ampuriam dan dilahirkan pada 16 September 1994 di Sabah.

2. Bakat Allahyarham mula dicungkil menerusi program Mentor Legend 2014 yang mana dia menjadi protege kepada penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah.

Sandra merupakan anak didik Dayang Nurfaizah dalam program Mentor Legend.

3. Arwah sebelum ini pernah popular dengan lagu Hey Kau! dengan meraih tujuh juta tontonan di YouTube. Bagaimanapun, nama penyanyi kelahiran Sabah ini sepi dari persada muzik tanah air selepas single itu.

4. Sandra pernah menafikan dirinya sudah keluar dari industri, sebaliknya, dia masih ligat merakamkan single baru iaitu Terkemuka dan Tulus.

5. Arwah yang berusia 26 tahun itu juga aktif menulis lagu dan bekerja di belakang tabir. Selain itu, dia juga menguruskan perniagaan ikan masin sebagai sumber pendapatan sampingan.

Sandra merupakan anak kelahiran Sabah.

6. Arwah mempunyai seorang abang dan adik tiri perempuan.

7. Bapa saudara pelakon Farah Nabilah berkahwin dengan ibu kepada Sandra yang bernama Nor Syakinah. Ini menjadikan Sandra dan Farah mempunyai kaitan sepupu.

8. Pada tahun 2018, Sandra bersama Mell Ahmad dan Lii menubuhkan kumpulan Dona sebagai sebuah projek khas. Mereka muncul dengan single pertama berjudul Rasa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Harian

Sumber : Mstar