--> Skip to main content

Seorang Tetamu Majlis Akad Nikah Positif C0vid 19, Pejabat Kesihatan Terpaksa Cari Semua Yang Hadir

BUKIT MERTAJAM, 8 Sept (Bernama) — Jabatan Kesihatan Pulau Pinang hari ini meminta tetamu yang menghadiri satu majlis akad nikah di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam pada 29 Ogos lepas agar menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Seberang Perai Tengah (SPT).

Pengarah Kesihatan negeri Dr Asmayani Khalib berkata ini susulan seorang tetamu di majlis itu disahkan positif C0VID 19 dan kini dirawat di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah.

Menerusi laporan Penang Kini, difahamkan ada segelintir tetamu tidak scan QR Code MySejahtera semasa menghadiri majlis tersebut.

Berdasarkan laporan, tuan rumah telah menyediakan QR Code MySejahtera buat tetamu yang datang ke majlis tersebut. Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan gagal mematuhi SOP.

Mereka dipercayai tidak scan MySejahtera Jabatan Kesihatan Pulau Pinang sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah sebenar tetamu yang hadir pada majlis berkenaan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Tak Scan My Sejahtera

Terdahulu, tular satu notis yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT meminta semua tetamu di majlis akad nikah berkenaan menghubungi bilik gerakan pejabat kesihatan itu menerusi talian 045397884.

Sumber: Bernama/PenangKini