--> Skip to main content

Seorang Peguam Bersuara Tentang Influencer Maki Hamun Samakan Orang Gemuk Macam B4bi, Ini Kenyataan Padu Beliau

Menerusi satu video yang tular yang menggunakan kata kata yang agak keterlaluan dari seorang influencer terhadap seorang follower, seorang peguam tampil memberikan kenyataan di ruangan facebook beliau.

Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, influencer itu juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.

Menerusi hantaran dari peguam ini, puan ini memberitahu akan mengambil tindakan ke atas influencer tersebut.

Apabila menonton video kata-kata mki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.

Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata mkian, hnaan, crcaan.

Disamakan dengan seekor b4bi, ditunjukkan gambar yang div1ralkan beserta keluarga wanita itu. Dihna wanita itu sehna-h1nanya. Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.

Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat? Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?

Sewaktu naik tadi ke pejabat tadi, saya lalu di sebelah dua orang yang sedang bersembang. Seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina.

Sapaan lelaki Melayu, "Wah!U sudah betul-betul gemuk sekarang. Apa pasal makin gemuk sekarang? You mesti banyak sangat makan b4bi. Itu pasal gemuk. Banyak makan bab1 ke?".

Mungkin mereka hanya bergurau atau itu cara-cara sembang mereka tetapi masih saya rasakan cara sembang begitu tidak kena.

Kalau terkena dengan sejenis manusia yang kaki sentap bagaimana? Boleh jadi punca bergaduh.

Bayangkan kalau cakap-cakap begini menjadi ikutan majoriti masyarakat kita. Tidak berlapik, main pakai sembur, tidak manis.

Dek kerana ramai ikon-ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memki hamun dan mencrut begini. Mereka rasa mki hamun itu hebat dan berani.

Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang mem4ki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumph seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka.

Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.

Mesej yang saya lihat disini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu mki hamun dan buat bising. Entah apa-apa. Fahaman yang salah pada generasi muda.

Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini.

Admin pula berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan dipermudahkan urusan bagi mana-mana pihak, InsyaAllah.

Sumber ejadsohor