--> Skip to main content

'Kelab sentiasa melebihi pemain'

MADRID: Bekas jurulatih Lionel Messi di Barcelona, Luis Enrique yang kini bos pasukan kebangsaan Sepanyol berkata hari ini bahawa kelab berkenaan sepatutnya membenarkan penyerang Argentina itu berhijrah.

"Ia isu sensitif," kata Luis Enrique menjelang perlawanan Sepanyol berdepan Ukraine awal pagi Isnin ini.

"Saya rasa kelab melebihi mana-mana pemain. Barcelona ditubuhkan pada 1899 dan antara terbaik di dunia, mereka sejak dulu menang gelaran.

"Jelas ada hubungan yang hebat. Leo menjadikan Barca meningkat tetapi saya mahu melihat lebih lagi jika ada perjanjian dicapai."

Luis Enrique yang bersama Messi di Barca dari 2014 hingga 2017 dan mereka menang trebel bersama pada 2015.

Katanya: "Messi pasti akan berhenti bermain di Barca. Kelab akan terus menang gelaran tanpa Messi, sama seperti Messi yang akan terus melalui tempoh yang menakjubkan jika dia meninggalkan kelab." - AFP