--> Skip to main content

Selesai sudah majlis sebelah perempuan, Mak Mira Filzah titip kata2 ini buat anak tersayang. Memang deep

Dijemput untuk membuat persembahan di hari bahagia Mira Filzah dan Wan Emir Astar, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain di majlis resepsi pasangan itu.

Naim berkata dia merasa sebak ketika melihat momen dimana Wan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis resepsi belah lelaki yang diadakan semalam di A Park, Puchong.

"Tiba-tiba teremosi pula perform SERIBU TAHUN hari ini, tambahan pula masa lirik "jangan putus harapan sedia setia". Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat," tulisnya.

Dalam pada itu, Naim turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan tersebut serta berharap jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Naim juga turut menzahirkan terima kasih kepada Mira dan Emir kerana meletakkan kepercayaan kepadanya dan sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

Berikut pula ucapan dan ayat dari mak Mira Filzah kepada semu anak-anak. Memang cantik dan mendalam

"Alhamdulillah syukur kepada Allah, segala puji bg Allah, tuhan yang mentadbir sekelian alam. Yg maha pemurah lagi maha pengasih. Dgn izin dan rahmatNYA telah melengkapkan keluarga kami. Dari 3 anak perempuan ENGKAU telah mengurniakan kami 3 anak lelaki serta diserikan dgn kehadiran seorang cucu.Terima kasih Ya Allah , kurniaanMU amat besar kpd hambamu yg kerdil ini. Moga ENGKAU terus melindungi kami, membimbing kami dan menunjukkan jalan yg lurus kepada kami.Kpd anak2 mak @ainfarhanah16_ @mfmirafilzah @ainafadhilah serta anak2 lelaki mak @izzathamdan12 @wanemirastar @mhmdafxf … mak abah syg kalian… jaga agama, jaga diri dan jaga keluarga …mak doakan semua anak2 mak bahagia dunia dan akhirat. Pesanan mak * bahagia bukan memiliki segalanya, tp kebahagiaan sebenar apabila KITA MENCINTAI APA YG KITA MILIKI DAN layari bahtera rumahtangga dengan sederhana kerana RUMAHTANGGA YG SEMPURNA ADALAH RUMAHTANGGA YANG TIDAK MENGHARAPKAN KESEMPURNAAN"

Mira Filzah & Suami Rancang Berbulan Madu Di Langkawi

Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

Mira berkata dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.

Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.