--> Skip to main content

Sayang Nak Lepaskan Adik Perempuan, Air Mata Lelaki Tumpah Di Majlis Nikah

Sharing is caring!

Walau apa pun yang terjadi, hubungan adik beradik takkan pernah putus seperti sebuah pepatah Melayu, air yang dicincang tak akan putus. Begitulah istimewanya hubungan pertalian antara adik-beradik seperti seorang abang yang berat hati untuk melepaskan adik perempuannya baru-baru ini di Indonesia.

BACA: Akan Cuba Penuhi.. Siap Ada Syarat, Kejutan Dari Abang Buat Ramai Terharu

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok @huttry, seorang lelaki dilihat memeluk adik perempuannya dan juga suami dengan erat sekali sambil menitiskan air mata buat pertama kalinya. Video berkenaan dipercayai diambil sewaktu upacara meminta restu ahli keluarga di majlis pernikahan wanita itu sambil bersaksikan tetamu yang hadir.

Sayang Nak Lepaskan Adik Perempuan, Air Mata Lelaki Tumpah Di Majlis Nikah

Sedar kini tanggungjawab sudah pun beralih tangan, si abang sempat menitipkan pesan agar tidak menyakiti adiknya kepada pengantin lelaki. Lelaki berkenaan dilihat gagal mengawal emosi mengenangkan diri harus melepaskan si adik yang bakal memasuki alam rumahtangga.

@huttry

😟#foryoupage #fyp #fouryou #fypシ #foryoupageplease

♬ Kamu & Kenangan – Original Soundtrack Habibie & Ainun 3 – Maudy Ayunda

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terharu setelah menyaksikan reaksi lelaki dan kedua-dua pengantin tersebut. Malah ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka sendiri sewaktu berada dalam situasi sama. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih dua ratus ribu jumlah tontonan setakat ini.

Sayang Nak Lepaskan Adik Perempuan, Air Mata Lelaki Tumpah Di Majlis Nikah

Sayang Nak Lepaskan Adik Perempuan, Air Mata Lelaki Tumpah Di Majlis Nikah

Sayang Nak Lepaskan Adik Perempuan, Air Mata Lelaki Tumpah Di Majlis Nikah

Sumber: TikTok huttry 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!