--> Skip to main content

“Saya Ambil Risiko”- Datuk Fizz Fairuz Nekad Bawa Isteri Berubat Tradisional

Sharing is caring!

Sekitar hujung bulan lepas, pelakon Datin Almy Nadia telah disahkan menghidap batu karang. Masalah ini mungkin disebabkan oleh pemakanan jamu dan suaminya iaitu Datuk Fizz Fairuz telah memberi peringatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati. Walau bagaimanapun, selebriti ini ingin mencuba kaedah lain pula untuk merawat isterinya.

BACA: Isteri Ada Batu Karang Dalam Hempedu, Datuk Fizz Fairuz Warning Elak Makan Jamu

Menerusi temu bual Astro Gempak, pelakon berusia 40 tahun ini berasa kurang yakin dengan diagnosis dilakukan terhadap Datin Almy Nadia mengenai sistem dalaman tubuhnya. Menurut Datuk Fizz Fairuz, doktor berkenaan memaklumkan terdapat kemungkinan bahawa batu-batu karang tersebut sudah terjatuh ke bahagian usus. Disebabkan itu, beliau sendiri berasa kurang yakin untuk meneruskan operation terhadap isterinya.

Oleh itu, Datuk Fizz Fairuz sanggup mengambil risiko untuk membawa isteri berubat secara tradisional di sekitar Melaka dan hasilnya ternyata memuaskan. Menurut pelakon filem 'Munafik' ini, batu karang tersebut dapat dilihat muncul di telapak tangan pakar perubatan tradisional terbabit dengan jelas. Selain itu, keadaan Datin Almy Nadia juga kini bertambah baik sejak menjalani rawatan kaedah berkenaan.

Sumber: FB Astro Gempak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!