--> Skip to main content

Sampai 8 minit Influencer hiina fizikal org, sekali peguam ni tampil bersuara

Menerusi satu video yang tular yang menggunakan kata kata yang agak keterlaluan dari seorang influencer terhadap seorang follower, seorang peguam tampil memberikan kenyataan di ruangan facebook beliau.

Tidak cukup dengan kata-kata kurang enak didengar, influencer itu juga menunjukkan gambar gambar orang yang dikatakan di dalam video tersebut.

Menerusi hantaran dari peguam ini, puan ini memberitahu akan mengambil tindakan ke atas influencer tersebut.

Apabila menonton video kata-kata mki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin.

Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata mkian, hnaan, crcaan.

Disamakan dengan seekor b4bi, ditunjukkan gambar yang div1ralkan beserta keluarga wanita itu. Dihna wanita itu sehna-h1nanya. Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran.

Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat? Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?

Sewaktu naik tadi ke pejabat tadi, saya lalu di sebelah dua orang yang sedang bersembang. Seorang lelaki Melayu dan seorang lelaki Cina.

Sapaan lelaki Melayu, "Wah!U sudah betul-betul gemuk sekarang. Apa pasal makin gemuk sekarang? You mesti banyak sangat makan b4bi. Itu pasal gemuk. Banyak makan bab1 ke?".

Mungkin mereka hanya bergurau atau itu cara-cara sembang mereka tetapi masih saya rasakan cara sembang begitu tidak kena.

Kalau terkena dengan sejenis manusia yang kaki sentap bagaimana? Boleh jadi punca bergaduh.

Bayangkan kalau cakap-cakap begini menjadi ikutan majoriti masyarakat kita. Tidak berlapik, main pakai sembur, tidak manis.

Dek kerana ramai ikon-ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memki hamun dan mencrut begini. Mereka rasa mki hamun itu hebat dan berani.

Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang mem4ki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumph seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka.

Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya.

Mesej yang saya lihat disini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu mki hamun dan buat bising. Entah apa-apa. Fahaman yang salah pada generasi muda.

Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini.

Bukan Negeri Jadi Penentu, Tapi Hati

Siapa ada kawan orang utara? Depa ni memang sempoi. Kalau dapat yang jenis lawak tu, memang lawak gila.

Sepatah dia cakap pun lawak. Rata-rata kawan saya yang utara yang jenis pak atau mak lawak memang macam ni.

Kalau dapat yang jenis yang cakap direct, memang dia bagi direct je.Tak de selindung-selindung. Mudah, cakap terus. Jangan simpan-simpan atau makan dalam atau sentap di kemudian hari.

Yang jenis bersopan-santun pun ramai juga. Yang jenis bertidak bercakap banyak pun ada juga. Macam-macam perihalnya.

Masa di UIA dulu, selalu disatukan dengan kawan-kawan dari utara. Masa mula-mula di Matrikulasi UIA dulu, sekali-sekala sentap juga bila jadi bahan gurauan kawan-kawan dari utara. Saya senyap-senyap makan hati.

Susah hendak faham mula-mula dulu. Emak saya memang dari Penang dan arwah abah memang dari Kelantan.

Kadang-kadang balik juga kedua-dua negeri ini. Jadi bukanlah selalu hidup seharian dengan orang utara, sehinggalah saya duduk di asrama UIA. Barulah saya kenal dan hidup seharian dengan kawan-kawan dari utara.

Saya membesar di Kuala Lumpur tetapi adaptasi budaya dan amalan saya banyak dari Kuala Lumpur. Bukanlah di KL ini, waktu remaja dulu kawan-kawan tidak mencarut. Mencarut di kalangan berkawan-kawan itu memang ada tetapi tidak ditujukan terus kepada kita.

Kali pertama masa di UIA dulu, memanglah susah nak faham tapi lama kelamaan makin lama, itu biasa. Saya lebih senang dengan orang utara yang bercakap terus.

Kalau berjumpa dengan mak kawan baik saya dari Kedah " Awat aku tengok hang makin lama makin hitam?". Ada saja tak kena. Kalau kita tolong jemur baju, baju jemur tak kena. Kalau potong bawang, potong bawang tak betul.

Bila dia tegur tu, memang tak ada berlapik. Dia jujur dan terus-terang. Bagi terus apa dia nak kata. "Huh! Tak elok". "Hudoh". Ini ayat-ayat biasa dari dia.

Kalau kami duduk dengan kawan-kawan, kami akan ketawa-ketawa betapa jujur dan 'legend'nya emak kawan yang seorang ini.

Kami tidak sentap, kami tahu walaupun mak cik begitu tetapi hatinya baik. Kalau kami datang, bersungguh-sungguh dia masak. Dia layan kami. Dia suka tetamu. Dialu-alukan kami. Dilayan seperti anak.

Kalau layan seperti anak, dimarah juga seperti anak. Langsung tidak rasa terasing. Bukan semua orang yang suka melayan tetamu begini. Baik hatinya.

Bagusnya emak-emak begini, sepanjang amatan saya. Anak-anak didikan beginilah kalau pergi rumah orang, cuci pinggan sendiri.

Kalau pergi rumah orang selalu hendak hulurkan bantuan. "Ada apa boleh saya tolong?". Sejuk hati, kita jadi tuan rumah. Pandai anak-anak didikan emak cakap terus begini membawa diri di rumah orang.

Kadang-kadang sikap tegas dan cakap terus begini perlu. Terlalu berlapik dan berkias-kias kadangkala orang tidak faham. Cuma kadang-kadang yang kurang faham mereka sering disalah tafsirkan.

Saya terbaca di ruang komen, video viral seorang founder product memaki hamun seorang wanita. Ramai mengecam wanita ini. Ramai juga yang membezakan, hingaq (jenis kecoh) itu tidak semestinya memaki hamun orang. Saya setuju.

Memang ada jenis manusia yang kecoh tetapi janganlah sampai menjatuhkan orang lain. Kecoh yang jenis kelakar, paling best.

Ada juga yang komen kata, memang orang utara mungkin kasar tetapi founder ini keterlaluan dan memberi reputasi buruk dan anggapan buruk pada orang dari utara. Yang saya kenal orang utara, baik-baik belaka.

Pendapat saya, sebenarnya bukan negeri yang jadi penentu tetapi hati. Tidak kiralah dari negeri mana sekalipun kalau hati dan akhlak dah begitu. Begitulah jadinya.

Oleh Nor Zabetha

Sumber:Nor Zabetha