--> Skip to main content

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Sharing is caring!

Minggu lalu dunia hiburan telah dikejutkan dengan pemergian pelantun lagu 'Hey Kau' Sandra Dianne setelah enam hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU). Namun dukacitanya timbul pula spekulasi  yang mengatakan ibunya, Nur Sakinah telah sengaja mencabut alat bantuan pernafasan anak perempuannya sendiri.

BACA: Difitnah Sengaja Cabut Mesin Pernafasan, Ibu Sandra Perjelaskan Cerita Sebenar

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Amni Fatnin yang pernah berkongsi bilik rawatan bersama penyanyi tersebut telah menceritakan pengalamannya menyaksikan detik-detik terakhir Allahyarhamah. Memandangkan dia dirawat di sebelah katil Sandra, jadi dia dapat melihat dengan jelas ahli keluarga artis itu datang bersilih ganti membacakan surah Yassin.

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Pada malam pemergian Allahyarhamah, dia sempat menyaksikan detik dimana artis berkenaan dikelilingi pasukan perubatan untuk diselamatkan. Malah dirinya turut terjaga daripada tidur setelah mendengar tangisan si ibu yang berat untuk melepaskan anaknya walaupun waktu itu mesin pernafasan sudah tidak berbunyi.

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Amni turut kecewa apabila spekulasi yang tular itu membuatkan ibu Sandra bersedih kerana kejadian sebenar bukanlah seperti diwar-warkan. Wanita berkenaan turut mendoakan semoga penyanyi berkenaan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Saksi Sebelah Katil Sandra Dianne Buka Cerita Sebenar, Jawab Spekulasi

Sumber: Facebook Amni Fatnin

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!