--> Skip to main content

“Saksi nampak mngsa lari dan lompat dari… “-KP Johor Update Kes anggota mati, TDM

Johor Bahru: Seramai 10 saksi sudah diambil keterangan berhubung kematian anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat pada 29 Ogos lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ia membabitkan dua pegawai ATM, tujuh anggota pangkat rendah ATM serta seorang awam.

Katanya, laporan awal bedah siasat mendapati tiada kecederaan fizikal dan pend"raan yang boleh dikaitkan dengan kematian Allahyarham Abdul Aziz Aznam, 20.

"Laporan awal bedah siasat mendapati tiada kecederaan luar atau tiada unsur-unsur jenayah, polis masih lagi menunggu laporan penuh makmal.

Mgsa Lari dan lompat

"Setakat ini itu yang kita ada. Ia termasuk keterangan daripada seorang saksi juga anggota tentera yang nampak mangsa lari dan lompat dari tingkat tiga," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, hari ini.

Ayob Khan berkata, siasatan polis mendapati mangsa dipercayai lari daripada tugas selama 218 hari iaitu selepas dia tamat latihan asas ketenteraan, kemudiannya mengikuti latihan asas komando pasukan Grup Gerak Khas (GGK) ATM.

"Mungkin di situ ada isu berkaitan dengan daya tahan untuk melalui kursus-kursus yang lasak, mungkin situ ada tekanan psikologi, memang latihan pasukan khas ini agak lasak," katanya.

Terdahulu, pada 29 Ogos lalu, Abdul Aziz mengalami kecederaan parah di kepala dan badan selepas dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di Kem Majidee, Batu Pahat.

Mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat, namun meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang, 6 September lalu.

Kemtian anggota: Pegawai, anggota TDM belum dipanggil

Kuala Lumpur: Tiada mana-mana pegawai atau anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipanggil setakat ini bagi membantu siasatan polis berhubung kes k3matian Prebet Abdul Aziz Aznam pada 28 Ogos lalu, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Beliau berkata, pihaknya terbuka untuk menyerahkan mana-mana warga TDM sekiranya dipanggil serta disyaki terbabit dalam kes kematian berkenaan.

"Sekiranya timbul keraguan apa-apa unsur dalam siasatan berhubung kematian Allahyarham semestinya pihak polis akan memanggil mana-mana warga TDM yang terbabit.

"Buat masa ini belum (dipanggil), dan kami tidak boleh mendahului (nya) kerana ia akan mengganggu siasatan polis kemudian.

"Banyak prosedur perlu dilalui… Jika ada kes ketidakadilan terhadap Allahyarham maka yang terbabit perlu bertanggungjawab," katanya kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Kereta Peronda Kor Polis Tentera Diraja di Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) di sini, hari ini.

Pada 7 September lalu, Bernama melaporkan seorang anggota tentera meninggal dunia selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Johor.

Kejadian itu mengakibatkan anggota tentera terbabit mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di Johor.

Terdahulu, TDM menerima sebanyak 40 kereta peronda jenis Honda Civic untuk kegunaan pasukan keselamatan itu