--> Skip to main content

Sakinah bercinta dgn jejaka Inggeris. Rupanya ada persamaan antara mereka

Pelakon Sharifah Sakinah menolak untuk kembali ke pangkuan bekas suami, Aliff Adha selepas berc-erai, Mei lalu.

Sakinah, 31, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan anak tunggalnya, Anais Adha yang berusia tiga tahun.

"Saya tidak mahu kembali (ke pangkuan bekas suami) kerana tidak mampu memberi komitmen untuk menjadi isteri yang baik, apatah lagi dengan keadaan saya yang mempunyai m asalah Gang-guan Kurang Daya Tumpuan dan Hip-eraktif (ADHD).

Sakinah mengaku enggan kembali ke pangkuan bekas suami kerana tidak mahu menyusahkan dirinya lagi dengan masalah ADHD dihadapi.

"Sejujurnya, saya lega selepas be-rpisah kerana tiada lagi orang boleh men-uduh suami saya dayus atau tidak tahu mengawal saya yang sukakan perhatian," katanya ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta Wholly Fitz di sini, hari ini.

Bercinta dengan Mat Salleh

Berkongsi tarikh lahir sama, pelakon, Sharifah Sakinah, 31, semakin rapat dengan seorang jejaka Inggeris.

Tanpa berselindung, Sakinah berkata, dia menyenangi jejaka berusia 41 tahun, bagaimanapun tempoh perkenalan masih terlalu awal untuk ditafsirkan.

Mengulas kehidupan selepas bercerai pada Mei lalu, Sakinah berkata, dia lebih memandang ke depan dan telus.

"Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu.

Kongsi hari lahir

"Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun.

"Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati," katanya kepada BH Online.

Sharifah Sakinah bersama pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja. Sharifah Sakinah bersama pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja. Pelakon drama telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu berkata, dia dan bekas suami, Aliff Adha bergilir-gilir menjaga anak, Anais Adha yang kini berusia tiga tahun.

"Seminggu Anais bersama saya, kemudiannya seminggu bersama bekas suami.

"Anais masih terlalu naif untuk memahami apa yang berlaku pada saya dan bekas suami. Bagaimanapun, kami tidak akan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak," katanya yang ditemui pada majlis mengumumkan pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz.

Pada majlis berkenaan, 'buah hati' Sakinah juga turut hadir untuk memberi sokongan kepadanya

Berikut reaksi dari netizan

"Malaysia seharusnya berbangga kerana tak lama lagi bakal berbesan dgn negara org puteh satu lagi kemajuan yg dicapai oleh Malaysia bagi menyangkal tuduhan yang mengatakan org melayu malas adalah tak benar sama sekali.Tahniah Sakinah i'm very proud of you.

"Masa bercerai dgn laki dia… Kata tak nak susahkan laki sbb ade penyak-it ADHD… Xnk laki dia kena fitnah tak pandai jaga bini….nie dah cerai elok pulak selesa dgn omputih

" Lelaki inggeris sesuai dengan gaya hidup Kinah yang bebas ,kalo suami orang melayu dan islam banyak pantang larang , nak pakai s eksi tak boleh ,nak terkangkang kat Instagram tak boleh sebab suami kena menanggung d osa isteri …kena jaga mar-uah keluarga mertua lagi

Mengulas kehidupannya sebagai ibu tunggal, pelakon telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka ini mengaku masih belum betah menyesuaikan diri dengan status itu.

Sehubungan itu, Sakinah banyak meluangkan masa bekerja supaya tidak terlalu memikirkan masalah rumah tangga.

"Kehidupan saya masih haru-biru. Kami baru berpisah, jadi perasaan saya masih sakit. Lagipun, kami bukan bersama sehari dua, malah, saya dengan Aliff tidak pernah bergaduh.

"Anais juga sering menitiskan air mata apabila berjumpa dengan bapanya dan sering meletakkan tangan kami bersama-sama," katanya yang mendapat hak jagaan anak.

Selain itu, Sakinah tidak menafikan peny-akit ADHD yang dihidapinya menjadi salah satu punca percerai an selepas empat tahun berkahwin.

"Banyak sebab (perceraian) tetapi penyakit itu menjadi salah satu faktor perpi-sahan kami. Buat masa sekarang, saya sedang menjalani rawatan.

"Selain merujuk kepada psi-kiatri dan terapi, saya mengambil ubat.

"Saya tidak mahu memb-ebankan bekas suami untuk menjaga saya lagi. Saya mahu ruang dan masa untuk diri sendiri dahulu," jelas adik kepada pelakon, Sharifah Shahira itu.