--> Skip to main content

Sah Ada Yang Positif COVID-19, Tetamu Nikah ‘Fatin & Azlan’ Perlu Buat Saringan

Sharing is caring!

Hari ini, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan jumlah jangkitan positif COVID-19 yang mencecah 3 angka semula iaitu seramai 100 individu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, statistik tersebut dipecahkan kepada 85 penularan tempatan, manakala baki 15 import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Tambahnya lagi, sebahagian besar rekod tersebut dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah (62), Kluster Sungai di Kedah (22) dan baki 1 dari kluster sama di Perlis.

BACA: COVID-19 Di Malaysia Melarat Semula, 'Frontliners' Mungkin Kembali Beraksi..

Terkini: 8 Sept. Kes baharu #COVID19 hari ini terus melonjak kepada 1⃣0⃣0⃣ kes iaitu 85 kes tempatan dan 15 import. Kebanyakan kes hari ini dari Kluster Benteng (Sabah) iaitu 62 kes dan Kluster Sungai (Kedah) 23 kes. Tiada kematian baharu dilaporkan.

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) September 8, 2020

Sah Ada Yang Positif COVID-19, Tetamu Nikah 'Fatin & Azlan' Perlu Buat Saringan Gambar sekadar hiasan

Dalam pada itu, seorang tetamu yang bertandang ke majlis akad nikah di Bukit Indera Muda di Seberang Perai Tengah (SPT) pada 29 Ogos lalu disahkan positif COVID-19. Difahamkan, individu berkenaan dijangkiti menerusi Kluster Sungai dan kini sedang dirawat di Alor Setar. Berdasarkan satu notis yang tular di laman sosial sekitar hari ini, tetamu yang hadir ke majlis pernikahan antara Fatin dan Azlan pada tarikh tersebut diminta terus hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah SPT untuk menjalani ujian saringan COVID-19.

Sah Ada Yang Positif COVID-19, Tetamu Nikah 'Fatin & Azlan' Perlu Buat Saringan Gambar sekadar hiasan

Menerusi laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang ketika dihubungi mengesahkan notis viral tersebut dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah SPT. Jelas beliau, beberapa pegawai telah ditugaskan untuk menguruskan senarai kehadiran majlis tersebut. Ia berikutan maklumat yang diperoleh pihaknya setakat ini masih belum dapat mengesahkan berapa jumlah sebenar tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Sah Ada Yang Positif COVID-19, Tetamu Nikah 'Fatin & Azlan' Perlu Buat Saringan Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Penang Kini & Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!