--> Skip to main content

Rupanya Sepupu Pelakon Farah Nabilah. Ini 10 Fakta Menarik Sandra Dianne Yang Ramai Tak Tahu

Sehari selepas pemergian peserta program Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne, pelbagai kisah tentang keluhuran hati penyanyi berasal dari Sabah itu diceritakan.

Pastinya pemergian Allahyrham Sandra memberi kesan mendalam kepada rakan sepejuangan dalam industri muzik.

Sandra, 26, meninggI dnia pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bertarung ny4wa di Unit Rawatan Rapi (lCU), Hspital Putrajaya.

Jnzah selamat dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran Sabah pada 5.30 petang Jumaat.

Penyanyi yang disifatkan seorang yang sentiasa ceria dan lucu ini mengalami kegagalan fungsi otak selepas terlibat dalam kmIangan jalan raya pada 5 September lalu.

Siapa sangka, penyanyi yang asalnya kurang dikenali ramai ini dan sebaik berita dia meninggI dnia, ramai yang mula berkata, "Oh rupanya arwh adalah penyanyi lagu 'Hey Kau'…"

Berikut sepuluh fakta mengenai Sandra Dianne;

1) Sandra Dianne dilahirkan dan dibesarkan di Tuaran, Sabah dan dibesarkan dalam kepercayaan agama Islam. Beliau mempunyai seorang abang dan dua adik tiri.

2) Nama penuh Sandra iaitu Alessandra Dianne Ampuriam dan dilahirkan pada 16/09/1994 di Sabah. Beliau meninggI tepat lima hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 16 September.

3) Bakat Allahyarham mula dicungkil menerusi program Mentor Legend 2014 yang mana dia menjadi protege kepada penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah. Bagaimanapun, beliau tersingkir di konsert minggu pertama.

4) Pada tahun 2015, Sandra muncul dengan lagu "Hey Kau!" yang menjadi OST drama Cik Cinderella dan Encik Tengku. Lagu itu juga meraih tujuh juta tontonan di YouTube.

5) Lama menyepi, Sandra tampil merakamkan single baru iaitu Terkemuka dan Tulus. Lagu Terkemuka bersama rakan gandingan Zizi Kirana mencapai 11 juta tontonan di YouTube.

6) Arwh yang berusia 26 tahun itu juga aktif menulis lagu dan bekerja di belakang tabir. Selain itu, dia juga menguruskan perniagaan ikan masin sebagai sumber pendapatan sampingan.

7) Bapa saudara pelakon Farah Nabilah berkahwin dengan ibu kepada Sandra yang bernama Nor Syakinah. Ini menjadikan Sandra dan Farah mempunyai kaitan sepupu.

8) Pada tahun 2018, Sandra bersama Mell Ahmad dan Lii menubuhkan kumpulan Dona sebagai sebuah projek khas. Mereka muncul dengan single pertama berjudul Rasa

9) Penyanyi rap Benzooloo memuji suara Sandra sebagai lain dari yang lain, "Mana lagi mahu cari suara macam Sandra, ..susah. Suaranya terlalu unik dan sesuai digandingkan lagu rap,"

10) Baju terakhir berwarna putih penuh dipakai Sandra ketika konsert Big Stage minggu ketiga menjadi bualan ramai, siapa sangka ia seakan petanda.. Malah selepas persembahan, juri jemputan Lah Ahmad berkata;

" Sebagai seorang penyanyi kita kena ada di situ..kadang2 saya tak rasa awak di situ, fikiran awak ditempat lain..seperti awak rasa macam seronok di 'tempat lain'.."