--> Skip to main content

Rosyam Nor Rupanya Pemilik Pertama Satria Neo R3 Dalam Malaysia. Pekin Ibrahim Melawat Dan Ini Keadaan Neo R3 Rosyam Sekarang

Antara kereta yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia terutamanya orang muda atau yang berjiwa muda. Proton Satria (2 pintu) sememangnya satu jentera yang boleh dibanggakan. Dengan rupa bentuk sporty dan garang sudah pasti menjadi rebutan orang.

Antara model Proton Satria yang hebat adalah Proton Satria Neo R3 (Lotus Racing). Kereta Satria Neo ini bukan 'kaleng kaleng' tau pada waktu dulu.

Model ini mempunyai pelbagai peningkatan peralatan termasuk peningkatan enjin.

Dilengkapi dengan enjin CamPro CPS 1.6 yang mampu menghasilkan sehingga 145bhp dan 168Nm tork, kereta ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 9.2 saat, sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 205km/j.

Hanya dihasilkan sebanyak 25 unit, pemilik pertama kereta ini di Malaysia ialah pelakon terkenal Mohamed Noor bin Shamsuddin atau lebih dikenali dengan Datuk Rosyam Nor.

My FotoBlog: Satria Neo R3 Lotus limited edition @ Pavilion, KL

Pelakon Pekin Ibrahim yang sekarang bergiat aktif dalam penghasilan video untuk Channel Youtube beliau telah pergi melawat Dato Rosyam Nor.

Sangat bertuah Pekin Ibrahim apabila Satria Neo R3 dan Rosyam Nor ada sewaktu Pekin sampai. Dengan keadaan kereta yang masih sempurna walaupun sudah bertahun lamanya. Neo R3 Rosyam Nor masih nampak garang seperti baru keluar showroom.

Berdasarkan saluran Youtube Pekin Ibrahim, Pekin membuka harga untuk Proton Satria Neo R3 Lotus Racing milik Datuk Rosyam Nor pada RM280,000.

Menurut Datuk Rosyam Nor, kesemua komponen pada kereta miliknya itu seratus peratus masih original, sama seperti sewaktu pertama kali dibeli. Bacaan pada odometer kereta ini ialah 35,176km.

Kereta ini berharga RM115,000 ketika pertama kali diperkenalkan pada tahun bulan Mac tahun 2010.

Selain disertakan dengan kotak gear 5-kelajuan, kereta ini juga dilengkapi dengan sistem suspensi Öhlins DFV (Dual Flow Valve) dan mempunyai berat 62kg lebih ringan dari Proton Satria Neo CPS standard.

Ia juga dilengkapi dengan roda aloi Advanti 16 inci bersama dengan tayar Bridgestone Adrenalin 205/45, serta sistem brek cakera dari AP Racing.

Kereta rare ini sudah tentu menjadi rebutan ramai, memandangkan Proton sudah tidak lagi mengeluarkan model ikonik seperti ini.

Rujukan : Motoqar

Artikel by: AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

SALIN SEMULA TIDAK DIBENARKAN TANPA KEBENARAN