--> Skip to main content

Ronaldo tgh syok tgk bola, sekali kena “marah” dgn pegawai

DI mana anda berada sama ada bintang sukan global atau tidak, anda tetap perlu mematuhi peraturan pencegahan penularan Covid-19.

Ia terjadi kepada kapten Portugal, Cristiano Ronaldo yang dinasihatkan oleh petugas stadium ketika menyaksikan perlawanan membabitkan negaranya di tempat duduk penonton.

Bintang Juventus yang terpaksa diketepikan pada aksi itu kerana mengalami masalah tumit hadir menyaksikan Portugal menewaskan naib juara Piala Dunia, Croatia, 4-1 di Porto dengan pemain pertahanan Manchester City, Joao Cancelo memulakan pesta jaringan buat tuan rumah.

Namun ketika perlawanan berlangsung, pemain berusia 35 tahun itu dikejutkan dengan kehadiran petugas kesihatan yang menghampirinya dan memaklumkan supaya Ronaldo memakai pelitup muka.

Ronaldo kemudian segera memakai pelitup muka yang diletakkan diatas bangku tempat duduknya dan menyaksikan perlawanan pembukaan pasukan itu dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA.

Ronaldo forgot to wear his mask in the stands tonight and one brave lady wasn't having it 😷 😅

🎥: @Esp_Interativopic.twitter.com/O1eNOWII8z

— Goal (@goal) September 5, 2020

Video Ronaldo terlupa pakai penutup muka tersebut terus tular di kalangan warganet

Portugal menambah jaringan menerusi Diogo Jota, Joao Felix dan Andre Silva pada babak kedua manakala gol saguhati Croatia dijaringkan Bruno Petko.

Penyandang juara Liga Negara-Negara itu akan berdepan Sweden di Friends Arena pada awal pagi Rabu manakala Croatia berdepan Perancis di Stade de France

Ronaldo pemain bola sepak pertama bergelar 'billionaire'

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama di dunia berjaya menjadi billionaire.

Menurut majalah Forbes, pemain berusia 35 tahun itu mencatatkan pendapatan $105 juta (RM448 juta) sebelum cukai tahun lalu sekali gus menjadikan nilai keseluruhan kekayaan Ronaldo mencecah $1 billion (RM4.26 bilion).

Ia sekali gus menyaksikan Ronaldo mengikut jejak bintang golf dunia Tiger Woods dan bekas peninju, Floyd Mayweather yang menjadi atlet yang berjaya meraih gelaran bilionaire.

Majalah itu juga menyenaraikan Ronaldo berada di kedudukan keempat selebriti yang mendapat pendapatan tertinggi tahun ini di belakang legenda tenis, Roger Federer, penyanyi rap, Kanye West dan personaliti TV, Kylie Jenner.

Manakala, bintang Barcelona, Lionel Messi berada di kedudukan kelima dengan jumlah pendapatan sebanyak $104 juta (RM443 juta) tahun lalu dan pemain lincah Paris Saint Germain (PSG), Neymar berada di kedudukan ketujuh dengan pendapatan $95.5 juta (RM407 juta).

Ronaldo dikatakan telah memperoleh gaji $ 650 juta (RM2.7 bilion) selama 17 tahun sebagai atlet profesional, dan pendapatan selebihnya adalah daripada pengiklanan dan perniagaannya.

Dia juga mempunyai kontrak seumur hidup yang menguntungkan bersama Nike sejak 2016 dan terikat dengan beberapa jenama besar lain.

Selain menjadi duta produk, juara lima kali Ballon d'or itu juga mempunyai rangkaian perniagaan menerusi fesyen jenamanya sendiri, hotel dan Muzium CR7 di kampung halamannya.

Bagaimanapun, impak pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut menjejaskan pendapatan pemain kelahiran Portugal itu selepas Juventus mengambil langkah memotong 30 peratus gajinya.

Messi turut sama terkesan dengan pengurangan gaji sebanyak 70 peratus akibat krisis tersebut dan Forbes meramalkan bintang Argentina itu akan menjadi bilionaire tahun depan.