--> Skip to main content

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Sharing is caring!

Sewaktu zaman muda, tentu saja kita mempunyai member yang 'satu kepala' dalam melakukan pelbagai perkara. Walaupun kawan baik mudah dicari, tetapi tidak semuanya berperangai sempoi seperti sebuah rakaman video tular yang dikongsikan oleh penggendali Twitter @flynnnnn_ ini.

BACA : Baru Nak 'Show Off' Hasil Tangkapan, Lelaki Merana Pipi Disepit Udang Galah

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Rakaman berdurasi kurang daripada seminit itu memaparkan insiden melucukan dua sahabat ketika sedang leka bermain jongkang-jongket. Menerusi klip video tersebut, mereka berdua dilihat begitu seronok bermain permainan tersebut sebelum salah seorang daripadanya gagal mengimbangkan badan.

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Lebih melucukan apabila gadis berbaju merah jambu berkenaan terpusing sebelum jatuh ke lantai. Sempat berseloroh, insiden mencuit hati itu mungkin terjadi gara-gara individu terbabit terlalu ringan sehingga membuatkan dia terus kekal di atas sementara rakannya pula di bawah.

org pendek memang ringan eh 😭 pic.twitter.com/dyU890aJsJ

— Ryd🦋 (@flynnnnn_) September 4, 2020

Dikongsi sejak semalam, rakaman video tersebut mendapat lebih 10 ribu tontonan setakat ini selain dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping terhibur dengan insiden melucukan itu, rata-rata mereka turut meluahkan rasa simpati terhadap remaja berkenaan gara-gara diketawa oleh rakannya.

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Ringan Sangat Sampai Terpusing, Berdekah Member Jatuh Main Jongkang-Jongket

Sumber : Twitter flynnnn_, Instagram adlynazra

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!